Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.li] | سکالي

Definisi : ® kali I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Hanya ~ itulah saja saya ber­jumpa dgn dia. 2 berserta; bersama: Apabila kamu pergi nanti, bawalah barang-barang ini ~. 3 tidak ada kecualinya; seluruhnya; semuanya: Perompak-perom­pak itu telah dibunuhnya ~. 4 sangat; sung­guh; benar: Cantik ~ gadis itu. sekali-kali sedikit pun; sama sekali: Jangan ~ mengambil hak orang lain. sekali-sekali, sesekali, sekali-sekala pd sesuatu waktu; tidak kerap; kadang-kadang: ~ ada juga dia datang ke mari. bersekali bersama-sama (dgn); berserta (dgn). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ka.li] | سکالي

Definisi : 1 satu kali: Kamu hendaklah mandi sekurang-kurangnya ~ sehari. 2 semuanya atau seluruhnya: Mereka menggali lubang itu dan mengambil telur yg terlonggok di dlmnya ~. 3 amat; sangat; paling: Pahang ialah negeri yg besar ~ di Semenanjung Tanah Melayu. 4 = sekali gus semuanya dikerjakan pd satu waktu. 5 pd suatu masa; pd suatu waktu: ~ persetua sekali peristiwa. ~ lalu a. tidak mengamati betul-betul; sambil lalu; sepintas lalu. b. serentak; sekali gus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali

Puisi
 

Tebang puan pangkal Jeddah,
     Sekali tebang sekali tumbuh;
Kalau tuan cakap tak sudah,
     Sekali hendak sekali tak ambuh.


Lihat selanjutnya...(107)
Peribahasa

Lurus-lurus ekor anjing,
     walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Bermaksud :

Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

 

Lihat selanjutnya...(110)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diurnal tidepasang surut harianSains MarinTiadaPasang surut yang berlaku sekali air pasang dan sekali air surut dalam sehari. Keadaan ini hanya berlaku di beberapa perairan laut seperti di Laut Jawa, negara Mexico, China dan Vietnam.
one-time pad encryptionpenyulitan pad sekaliTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah penyulitan yang menggunakan senarai rawak kekunci rahsia penyulitan. Setiap kekunci rahsia tersebut hanya digunakan sekali sahaja. Kaedah ini dianggap paling sempurna. Contohnya, sifer Vernam.
intermittent strabismusstrabismus sekali sekalaSains KesihatanTiadaStrabismus yang dicirikan oleh salah satu mata menyimpang dari sasaran penglihatan dalam keadaan tertentu.
occasional pestperosak sesekali/perosak sekali-sekalaPertanian OrganikTanaman Makanan-
presidential electionpilihan raya presidenSains PolitikPolitik PerbandinganPilihan raya khas yang diadakan untuk memilih ketua negara dan ketua kerajaan dalam negara yang mengamalkan demokrasi berpresiden. Pilihan raya ini diadakan secara berkala seperti empat tahun sekali di Amerika Syarikat atau enam tahun sekali di Filipina. Pilihan raya ini boleh disertai secara individu atau mewakili parti tertentu. Semua pengundi yang layak boleh mengundi dalam pilihan raya ini dan calon yang memenangi pilihan raya akan dilantik menjadi presiden negara. Contohnya, pilihan raya presiden yang diadakan di Amerika Syarikat pada November 2004 akan menyaksikan pertandingan antara George Bush dari parti Republikan dan John Kerry dari parti Demokratik.
elective benefitsfaedah elektifinsuransTiadaBayaran sekali gus yang boleh dipilih oleh insured sebagai gantian kepada bayaran berkala untuk kecerderaan tertentu.
capital benfitfaedah modalinsuransTiadaBayaran sekali gus di bawah polisi kemalangan persendirian. Contoh: bayaran kematian atau kehilangan penglihatan.
flexitarianfleksitarianMakanan dan PemakananTiadaSeseorang yang sekali-sekala memakan daging atau ikan.
rerunulang pertandinganSukanLumba BasikalPerlumbaan yang diulang sekali lagi, apabila berlaku sesuatu kesalahan oleh salah seorang pelumba yang terlibat.
livestock insuranceinsurans ternakaninsuransTiadaKontrak insurans yang membayar ganti rugi sekali gus sebagaimana tercatat dalam polisi kepada insured di atas kematian ternakan yang dilindungi oleh polisi tersebut akibat perli yang dinyatakan.
123456789

Kembali ke atas