Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.rang] | سکارڠ

Definisi : waktu atau masa ini (bukan waktu yg telah lalu dan bukan yg akan tiba), kini: kira-kira ini mesti dibuat ~ juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.rang] | سکارڠ

Definisi : waktu bukan yg telah lalu dan bukan yg akan datang; waktu ini: ~ juga kita pergi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekarang

Puisi
 

Sungguh tuan selasih tumbuh,
     Zaman sekarang kaduk berbunga;
Dulu tuan kasihnya sungguh,
     Sekarang saya tidak berguna.


Lihat selanjutnya...(56)
Peribahasa

Dulu timah,
     sekarang besi.

Bermaksud :

Orang kecil memperoleh pangkat tinggi.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
holophrasiscantum ertiKesusasteraanPuisiSesuatu kata yang digunakan oleh seseorang penyair, mampu menonjolkan makna keseluruhan sesuatu klausa yang diungkapkan. Contohnya, kata hujan! sekarang hujan kata panas! sekarang panas Sinonim holofrasis.
ancestral genomegenom leluhurBioinformatikBioinformatik MolekulGenom yang ditaabirkan terdahulu berdasarkan genom yang wujud sekarang.
personal article floaterpengapung artikel persendirianinsuransTiadaPengapung ini asalnya digunakan berserta polisi marin dalaman. Sekarang pengapung ini boleh dijual berasingan sebagai satu polisi atau dikepil kepada polisi harta yang sedia ada, seperti insurans empunya rumah. Pengapung bagi setiap barang. Perlindungan ini selalunya dalam bentuk semua risiko.
ancestorleluhurBioinformatikBioinformatik MolekulOrganisma atau gen yang ditaabirkan terdahulu berdasarkan kepada organisma atau gen yang wujud sekarang.
change of usetukar gunaPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPenukaran jenis atau aktiviti kegunaan bagi tanah atau bangunan untuk boleh digunakan atau dimajukan bagi maksud selain daripada yang digunakan sekarang.
conversion of landtukar syarat tanahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaTanah hak milik yang diubah aktiviti atau sekatan kegunaannya untuk membolehkannya digunakan atau dimajukan bagi maksud lain daripada yang dibenarkan sekarang.
ghost storycerita hantuKesusasteraanTiadaCerita yang memaparkan kehadiran makhluk halus. Dengan makna yang lebih luas, istilah ini merujuk kepada karya yang menyentuh tentang alam ghaib secara metaforikal. Cerita hantu yang biasa dalam masyarakat sekarang ialah cerita serigala jadian, puntianak, toyol, penggal, dan bunian yang berkaitan dengan kerasukan dan sebagainya. Cerita hantu juga memaparkan perihal tawar-menawar antara manusia dengan syaitan yang merujuk kepada tema faust. Contoh cerita hantu ditemui dalam cerpen �The Dead� oleh James Joyce. Dalam sastera Melayu, cerita ini ditemui dalam novel Bercakap Dengan Jin oleh Tamar Jalis.
aristocratgolongan bangsawanSains PolitikPolitik PerbandinganGolongan atasan yang menguasai pemerintahan sesebuah negara dan mempunyai kekayaan serta kedudukan ekonomi yang kuat. Golongan ini biasanya mempunyai pengikut yang besar dan setia serta banyak terdapat pada zaman feudal dan masih kekal sehingga sekarang. Walaupun begitu, pada masa kini golongan ini tidak lagi menguasai atau mendominasi politik dan ekonomi. Istilah aristokrat pula berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud sistem pemerintahan yang dikuasai oleh golongan yang terbaik. Contohnya, golongan Haciendas di Amerika Latin pada abad ke-l8 dan Lord atau Baron di England pada abad ke-15. Sinonim golongan aristokrat.
sagasagaKesusasteraanTiadaKisah legenda yang panjang tentang salasilah raja yang hebat, pahlawan, dan sesebuah keluarga. Saga sering disampaikan secara lisan tetapi mula dirakamkan secara bertulis pada abad ke-12. Saga sering dikaitkan dengan cerita dari Iceland dan negara Scandinavia. Saga mengandungi ciri-ciri ghaib, watak mitos atau watak yang berdarjat tinggi. Pada masa sekarang, istilah saga digunakan untuk merujuk kepada mana-mana legenda atau kisah yang melibatkan pengalaman dan kejayaan yang cemerlang dan menakjubkan. Contoh saga dari Scandinavia ialah Heimskrigla Saga yang menceritakan Raja Norway yang awal. Contoh dalam kesusasteraan Melayu ialah Silsilah Melayu dan Bugis yang meriwayatkan pengembaraan dan kehebatan wira-wira Bugis. Dalam sastera Arab, saga terdapat dalam trilogi Najib Mahfuz yang tersohor berjudul Bayn al-Qasrayn, Qasr al-Sharq, dan al-Sukkariyah.
flashbackimbas kembaliKesusasteraanTiadaTeknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot ke belakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbulan. Contoh imbas kembali ditemui dalam novel Azmah Nordin berjudul Mega Nisaa, Halusinasi dan Singgahmata. Teknik imbas kembali juga terdapat dalam filem. Lihat juga in medias res.
12

Kembali ke atas