Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ka.ta] | سکات

Definisi : 1. sama bunyinya; 2. = seia ~ sepakat, setuju, sependirian, sependapat: dlm sebarang hal, mereka kerap ~ dan saling menyetujui; manusia ini memang tidak ~ dlm serba-serbi; 3. sama (sahaja), segaya, serupa: wasiat Bendahara kpd segala anak cucunya tiada ~, pd seorang seorang lain-lain, masing-masing pd patutnya; 4. sama (pd ukurannya, gerakannya, bentuknya, dll), tidak berbeza­ beza (berubah-ubah dsb) antara satu dgn yg lain (atau antara satu bahagiannya, ketikanya, dsb dgn yg lain): putaran roda itu sentiasa ~; gelendong itu dipusingkan dgn kadar laju ~; mencari luas rajah-rajah yg ~, spt rajah selari tepat, bulatan, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ka.ta] | سکات

Definisi : 1 sama bunyinya. 2 tidak lebih atau tidak kurang; sama menyeluruh. 3 = seia ~ sama-sama setuju; sepakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Puisi
 

Kalau sudah tetak nipah,
     Mari kita mengambil rumbia;
Kalau sudah kujumpa ayah,
     Barulah padan seia sekata.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rentak sedegam,
     langkah sepijak.

Bermaksud :

Seia-sekata; semuafakat. degam = bunyi gemuruh.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
center of gravitypusat gravitiSains SukanBiomekanikPusat tumpuan jisim dan berat yang diseimbangkan dalam semua arah. Contohnya, bagi objek yang berbentuk sekata atau simetri, pusat gravitinya terletak di tengah-tengah atau titik simetri objek tersebut. Bagi objek yang berbentuk tidak sekata, pusat graviti objek tersebut berkemungkinan boleh terletak di dalam objek atau pun di luar objek tersebut.
snaggletoothgigi tak sekataPergigianTiadaGigi yang tidak teratur dan terkeluar daripada susunan kerana ditolak ke hadapan atau di belakang oleh gigi yang lain.
uneven ripeningperanuman tak sekataPertanian OrganikTanaman Makanan-
flat sandalsandal leperFesyenTiadaSejenis kasut yang bertapak rata, nipis dan sekata.
scooter mechanismmekanisme skuterFizikNanoteknologiMekanisme bagi menerangkan pembentukan nanotiub karbon dengan jejari yang sekata dan sentiasa terbuka dengan bantuan atom pemangkin kobalt atau nikel. Dalam mekanisme ini, atom logam pemangkin terpaut pada ikatan terjuntai hujung tiub, dan bergerak pantas sekitar bingkai tiub, menyerap atom karbon yang tiba supaya membentuk cincin enam atom, serta melindunginya daripada membentuk cincin lima atom. Sekiranya berlaku pembentukan cincin lima atom, tiub akan tertutup dan proses pembentukan tiub selanjutnya akan terhenti. Atom karbon dalam proses ini dibekalkan oleh penguraian gas hidrokarbon seperti gas metana (CH4) semasa pemendapan wap kimia pada suhu tinggi.
spatial instabilityketakstabilan ruangSains NuklearKejuruteraan ReaktorKeadaan yang menggambarkan taburan parameter kendalian reaktor yang tidak sekata pada kedudukan yang berlainan di dalam teras reaktor.
ventricular fibrillationfibrilasi ventrikelKejururawatanTiadaRentak ventrikel yang tidak normal, iaitu rentak yang cepat dan tidak sekata. Keadaan ini mengganggu pengepaman darah ke seluruh tubuh, dan lazimnya menyebabkan kematian mengejut.
synchronizerpenyegerakKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUnit yang dipasang dalam sistem penghantaran, supaya gear bergerak bersama-sama secara sekata semasa menyirat antara satu dengan lain.
blending spongespan pengadunFesyenTiadaSejenis span solek yang digunakan untuk meratakan bedak asas pada kulit dengan kemasan yang sekata.
solubilisationpelarutanHerbaTiadaProses melarutkan bahan herba sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal dalam bahan pelarut cecair sehingga menjadi sekata. Bagi suatu bahan herba yang sukar dilarutkan, kelarutannya boleh ditingkatkan melalui penambahan bahan ketiga seperti sabun atau surfaktan yang lain. Contohnya, penggunaan surfaktan polisorbat 60 untuk melarutkan lebih banyak minyak pepermin ke dalam suatu cecair akueus.
12

Kembali ke atas