land ownership registration | daftar hak milik tanah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Sistem pendaftaran hak milik tanah di bawah Kanun Tanah Negara sebagai bukti kepunyaan dengan merekodkan butiran hak milik, termasuk lokasi dan sekatan-sekatan ke atasnya untuk memudahkan urusan tentangnya seperti pindah milik dan pecah sempadan. |
query restriction | sekatan pertanyaan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Had yang dikenakan kepada pengguna mengenai jenis pertanyaan yang boleh dijalankan ke atas data dalam pangkalan data supaya data yang dianggap sensitif tidak boleh dilihat atau diagak oleh pengguna. Sekatan ini juga mengehadkan pemindahan hak pertanyaan kepada pengguna lain. |
cholangitis | kolangitis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi pada duktus hempedu, biasanya disebabkan oleh sekatan pengaliran hempedu. Rawatan awal ialah pemberian antibiotik untuk merawat infeksi dan diikuti dengan pembedahan untuk melegakan sekatan pengaliran hempedu. |
liberal democracy | demokrasi liberal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang terbuka tanpa sekatan tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan, undang-undang dan suara majoriti. Kerajaan dalam sistem demokrasi ini tidak meletakkan berbagai-bagai sekatan atau peraturan ketat kepada individu atau kelompok yang bergerak dalam apa juga bidang sama ada ekonomi, politik dan sosial. Ia membenarkan persaingan politik yang bebas, kegiatan ekonomi yang terbuka dan hubungan sosial tanpa sempadan. Melalui pilihan raya, rakyat menyuarakan pilihan mereka dan keputusan majoriti akan membentuk kerajaan dan mempengaruhi penggubalan dasar negara. Kebanyakan negara Eropah Barat mengamalkan demokrasi liberal dan kelihatan kerajaannya sering bertukar ganti menurut kehendak rakyat. |
Queckenstedts test | ujian Queckenstedt | Perubatan | Tiada | Ujian untuk mengesan sama ada terdapat sekatan pada salur vertebra. Ujian ini dilakukan dengan menekan sebelah atau kedua-dua belah vena jugular pada leher. Pada orang yang sihat, tindakan ini meningkatkan tekanan cecair serebrospina, dan tekanan ini segera hilang apabila tekanan itu dilepaskan atau dihentikan. Tetapi pada seseorang yang mengalami sekatan salur vertebra, tindakan ini tidak mengubah tekanan cecair serebrospina. |
lockdown | sekatan pergerakan | Undang-undang | Tiada | Satu keadaan apabila orang ramai atau masyarakat awam tidak dibenarkan memasuki atau meninggalkan satu kawasan atau bangunan secara bebas disebabkan oleh sesuatu wabak atau hal kecemasan. |
lockout | sekatan masuk | Undang-undang | Tiada | Satu keadaan apabila orang ramai atau masyarakat awam tidak dibenarkan memasuki atau meninggalkan satu kawasan atau bangunan secara bebas disebabkan oleh sesuatu wabak atau hal kecemasan. |
restriction | sekatan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
shadowban | sekatan senyap | Teknologi Maklumat | Tiada | Tindakan syarikat media sosial yang mengehadkan keterlihatan kandungan hantaran di akaun media sosial pengguna, tanpa diketahui oleh pengguna tersebut secara langsung. |
partial lockdown | sekatan pergerakan separa | Undang-undang | Tiada | Satu keadaan apabila orang ramai atau masyarakat awam tidak dibenarkan memasuki atau meninggalkan satu kawasan atau bangunan secara bebas kerana sesuatu wabak atau hal kecemasan, tetapi masih dibenarkan untuk perkara-perkara tertentu seperti operasi perkhidmatan perlu. |