Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lumbar symphathetic blocksekatan simpatetik lumbarPerubatanTiadaSekatan saraf yang dilakukan dengan menyuntik agen neurolitik seperti alkohol dan agen anestetik setempat di rangkaian simpatetik yang terletak di bahagian anterolateral tulang vertebra lumbar 1, 2, 3 dan 4. Prosedur ini biasanya dilakukan untuk penyakit vaskular periferi dan pengurusan nyeri kronik.
single twitch stimulationrangsangan sentak tunggalPerubatanTiadaTeknik untuk menilai darjah sekatan neuromuskular semasa anestesia umum menggunakan relaksan otot dengan stimulasi berfrekuensi 0.1 Hz hingga 1.0 Hz. Teknik ini biasanya dilakukan pada saraf superfisial seperti saraf ulnar di bahagian pergelangan tangan.
partition coefficientpekali sekatanKimiaTiadaNisbah kepekatan zat terlarut di dalam dua pelarut yang tidak larut campur, yang berada dalam keseimbangan pada suhu dan tekanan malar. Pekali sekatan, D, ialah pemalar keseimbangan yang lazimnya diungkapkan sebagai kepekatan zat terlarut di dalam pelarut 1 dibahagi dengan kepekatan zat terlarut di dalam pelarut 2 apabila zat terlarut lebih larut di dalam pelarut 1.
blockadesekatanUndang-undangTiada1. Apa sahaja yang menghalang akses atau kemaraan.,2. Tindakan ketenteraan yang melibatkan pengepungan atau pengasingan sesebuah negara atau tempat dengan menghalang segala hubungan dengan dunia luar untuk melemahkan musuh.
mesenteriummesenteriumBiologiFisiologi1. Lipatan peritoneum yang berfungsi untuk menetapkan kedudukan visera. 2. Sekatan otot yang menjulur ke dalam pada dinding badan haiwan selenterat.
ad libad libSejarahTiada1. Perbuatan yang dilakukan mengikut kehendak hati seseorang tanpa sebarang sekatan.
embargoembargoEkonomiTiada1.Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau mengeksport sesuatu barang atau perkhidmatan dari/ke sesebuah negara dengan tujuan untuk mendesak supaya sesuatu konsesi diberikan kepadanya. 2. Sekatan terhadap keluar masuk kapal dari pelabuhan sesebuah negara. 3. Keengganan sesebuah syarikat pengangkutan untuk mengangkut barang-barang apabila berlaku mogok atau kesesakan lalu lintas.
posttetanic count (PTC)kiraan pascatetanus (PTC)PerubatanTiadaKaedah untuk menilai keamatan sekatan neuromuskular bukan nyahkutub. Kaedah ini ditentukan dengan mengira jumlah respons sentak satu terhadap rangsangan 1 Hz 3 saat selepas diberikan rangsangan tetanus 50 Hz selama 5 saat.
attackseranganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan keganasan terhadap musuh. Istilah �serangan� dalam undang-undang antarabangsa digunakan dalam dua badan undang-undang yang berbeza iaitu, jus ad bellum dan jus in bello dengan tujuan dan maksud yang berbeza. Pertama, istilah �serangan bersenjata� muncul dalam jus ad bellum, yang menentukan bilakah negara boleh mengambil jalan untuk menggunakan kekerasan sebagai dasar negara tersebut. Dalam konteks itu, �serangan� berfungsi sebagai satu prasyarat kepada kebenaran untuk menggunakan kekerasan dalam mempertahankan diri menurut Perkara 51 Piagam PBB dan undang-undang adat antarabangsa. Kedua, dalam jus in bello �serangan� merujuk kepada jenis tertentu operasi ketenteraan yang menetapkan pelbagai larangan dan sekatan dikenakan. Aspek jus in bello atau undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menetapkan kaedah undangundang tentang bagaimana operasi boleh dijalankan semasa berlakunya konflik bersenjata. Takrifan serangan terkandung dalam Perkara 49(1) Protokol Tambahan I, 1977

Kembali ke atas