lockdown | sekatan pergerakan | Undang-undang | Tiada | Satu keadaan apabila orang ramai atau masyarakat awam tidak dibenarkan memasuki atau meninggalkan satu kawasan atau bangunan secara bebas disebabkan oleh sesuatu wabak atau hal kecemasan. |
partial lockdown | sekatan pergerakan separa | Undang-undang | Tiada | Satu keadaan apabila orang ramai atau masyarakat awam tidak dibenarkan memasuki atau meninggalkan satu kawasan atau bangunan secara bebas kerana sesuatu wabak atau hal kecemasan, tetapi masih dibenarkan untuk perkara-perkara tertentu seperti operasi perkhidmatan perlu. |
total lockdown | sekatan pergerakan penuh | Undang-undang | Tiada | Satu keadaan apabila orang ramai atau masyarakat awam tidak dibenarkan langsung memasuki atau meninggalkan satu kawasan atau bangunan secara bebas kerana sesuatu wabak atau hal kecemasan. |
barrier | halangan | Kesenian | Seni Bina | Sekatan yang dibina untuk mengubah arah sesuatu aliran pergerakan seperti pergerakan manusia dan pergerakan angin. Halangan boleh dibuat dalam bentuk struktur penghadang daripada lantai atau lekukan pada permukaan lantai atau tanah. Halangan juga boleh dibuat dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan melalui pendekatan landskap lembut seperti pokok-pokok renek yang ditanam secara berderetan yang berfungsi seperti pagar. |
common market | pasaran bersama | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Aturan perdagangan serantau yang mengintegrasikan ekonomi negara anggota pada tahap tertinggi. Aturan ini bukan sahaja menghapuskan sekatan perdagangan barangan antara negara anggota, malah menyamakan kadar sekatan terhadap barangan yang diimport dari negara bukan anggota. Kesannya, barangan boleh diimport dari satu negara anggota ke negara anggota lain tanpa perlu membayar duti import dan sekatan perdagangan yang lain. Selain itu, aturan ini menghapuskan sekatan terhadap pergerakan perkhidmatan, manusia dan modal antara negara anggota. Contohnya, penyedia perkhidmatan di sebuah negara anggota boleh memberikan perkhidmatan di negara anggota lain tanpa halangan. Demikian juga dengan orang sebenar dari satu negara anggota yang boleh tinggal dan bekerja di negara anggota lain tanpa halangan. Wang juga boleh dipindahkan dari satu negara anggota ke bank negara anggota lain tanpa sekatan. Contoh pasaran bersama ialah Komuniti Eropah (EC). |
shaft | syaf | Kesenian | Seni Bina | Laluan menegak seperti terowong yang memudahkan pergerakan di dalam bangunan tinggi. Laluan ini bermula dari aras bangunan yang paling bawah hingga ke aras bangunan yang paling tinggi tanpa sekatan. Contohnya, syaf lif dan tangga keselamatan. |