evaporative control system | sistem kawalan penyejatan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem yang menghalang wap bahan api dari tangki bahan api dan karburetor, daripada terlepas ke sekitaran semasa enjin dimatikan. Wap bahan api ini disimpan dalam kanister arang atau dalam kotak engkol enjin dan digunakan semula apabila enjin dihidupkan. Sistem ini merupakan penambahbaikan kepada sistem karburetor yang melepaskan wap ke sekitaran. Keadaan ini mengurangkan pencemaran alam sekitar. |
pulse air injection | suntikan udara denyutan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Proses menyuntik udara sekitaran ke dalam sistem pancaran ekzos secara denyutan sebagai satu cara untuk menyempurnakan tindak balas pembakaran gas ekzos. Proses ini dijalankan oleh sebuah peranti yang diletakkan dalam sistem ekzos. |
hazard | bahaya/ mudarat/ marabahaya/ hazard | Umum | Tiada | Sumber bahaya yang berpotensi mengakibatkan kemudaratan, dalam konteks kecederaan dan penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja atau gabungannya. |
heated-air system | sistem udara panas | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem kawalan haba dalam lingkaran pencuci udara yang mengekalkan suhu udara masukan, melalui campuran udara sekitaran dengan udara panas dari selubung pada pancarongga ekzos. |
pour point | titik tuang | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Suhu terendah yang membolehkan cecair mengalir dengan bebas. Bagi membolehkan enjin beroperasi tanpa sebarang masalah pelinciran, minyak pelincir yang digunakan perlu mempunyai titik tuang kurang daripada suhu sekitaran yang minimum. Contoh titik tuang untuk minyak hidraulik 10W ialah - 39°C. |
graded bedding | perlapisan berperingkat | Sains Marin | Tiada | Perlapisan endapan yang setiap lapisannya menunjukkan perubahan saiz terarah yang progresif dan beransur-ansur daripada butiran kasar di bahagian dasar kepada butiran halus di bahagian atasnya. Kebiasaannya, lapisan ini melambangkan sekitaran endapan, iaitu pengurangan dalam pengangkutan tenaganya seiring dengan peredaran masa yang terhasil ketika aktiviti endapan atau proses pemendapan yang tinggi. |
leaded gasoline | gasolin berplumbum | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gasolin yang dicampur 3-4cc dengan agen antiketuk, iaitu plumbum tetraetil Pb(C2H5)4. Walaupun penambahan ini mengurangkan pengkadaran oktana bagi bahan api, tetapi gasolin ini dapat mengelakkan berlakunya letupan dan seterusnya menambah prestasi enjin. Penggunaan bahan api ini menyingkirkan plumbum ke sekitaran melalui gas ekzos lalu mencemarkan alam sekitar. Sinonim petrol berplumbum Banding gasolin tanpa plumbum. |
exhaust manifold | pancarongga ekzos | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen yang menghubungkan liang ekzos pada kepala silinder dengan sistem ekzos. Komponen ini terdiri daripada beberapa laluan yang bercabang mengikut bilangan liang ekzos yang membentuk satu saluran keluar ke sistem ekzos. Tujuan- nya adalah untuk mengalirkan gas ekzos keluar dari silinder enjin ke sekitaran. Komponen ini biasanya diperbuat daripada aloi atau besi tuang. Banding pancarongga pengambilan. |
dinoflagellate | dinoflagelat | Sains Marin | Tiada | Kumpulan eukariot berflagela daripada filum Dinoflagellata. Kebanyakan dinoflagelat merupakan organisma fitoplankton yang berupaya menghasilkan makanannya sendiri melalui fotosintesis. Terdapat juga dinoflagelat yang hidup sebagai endosimbion kepada organisma lain seperti zooxantela yang hidup di dalam tisu karang. Sebahagian spesies dinoflagelat berupaya menghasilkan bioluminasi dan biasanya berwarna hijau kebiruan. Sebahagian dinoflagelat juga berbahaya kerana mengandungi toksin dan memberikan impak yang besar kepada sekitaran apabila berlaku fenomena blum alga yang disebut sebagai kembangan merah. |