non-contact sexual abuse | penderaan seksual tanpa sentuh | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan seksual yang dilakukan oleh seseorang terhadap mangsa dengan sengaja tanpa melibatkan sentuhan fizikal. Perbuatan ini dilakukan dengan cara visual, lisan dan dalam talian dengan tujuan untuk mendapatkan kepuasan seksual. Contohnya, pengantunan seksual dalam talian, mendedahkan alat sulit, menunjukkan isyarat berunsur seksual dan menunjukkan gambar pornografi kepada mangsa. |
sexual assault | amang seksual | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan seseorang yang sengaja menyentuh orang lain secara seksual tanpa kerelaan mangsa, atau perbuatan memaksa mangsa secara fizikal untuk melakukan perbuatan seksual yang bertentangan dengan kehendak mangsa tersebut. Sinonim serangan seksual. |
aphrodisiac | afrodisiak | Herba | Pemiawaian | Herba yang dapat memulihkan potensi dan fungsi seksual serta meningkatkan keinginan seksual. Contohnya, ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan pokok kacip fatimah (Marantodes pumilum). |
coerced sexual contact | hubungan seksual paksa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan yang menggunakan tekanan, bahan terlarang seperti alkohol atau dadah, atau daya untuk melakukan hubungan seksual terhadap mangsa tanpa kerelaaannya. Tindakan ini termasuk juga perbuatan mendesak mangsa secara berterusan untuk melakukan hubungan seksual walaupun mangsa menolak hubungan tersebut. |
sexual assault | serangan seksual | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Lihat amang seksual. |
sexual actions | tindakan seksual | Kejururawatan | Tiada | Tindakan memenuhi keperluan seksual bagi pesakit yang mengalami masalah kesihatan. |
sexual function | fungsi seksual | Kejururawatan | Tiada | Keupayaan untuk memenuhi keperluan seksual dan mengekalkan hubungan seks dengan pasangan bagi pesakit yang mengalami masalah kesihatan. |
sexual crime | jenayah seksual | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan, aktiviti atau perlakuan seksual antara individu yang sama atau berbeza jantina yang bertentangan dengan undang-undang. Contohnya, rogol, sumbang mahram, liwat dan perhubungan seks dengan objek. |
sexual molestation | pencabulan seksual | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Sentuhan, serangan atau penderaan secara seksual yang dianggap keji dan melanggar adat kebiasaan yang dilakukan tanpa kerelaan mangsa. |
alcohol facilitated sexual assault | serangan seksual dipermudah alkohol | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Serangan seksual yang dilakukan dengan sengaja oleh penyerang terhadap mangsa setelah mangsa diberikan alkohol sehingga mabuk. Keadaan mangsa yang mabuk menyebabkan mangsa tidak menyedari apa yang berlaku dan kejadian tersebut berlaku tanpa kerelaan mangsa. |