canon | kanun | Kesusasteraan | Tiada | Sekumpulan karya yang diterima dan disahkan sebagai bermutu tinggi oleh para sarjana dan institusi yang berwibawa. Kanun berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud kayu yang lurus. Dalam tradisi agama, kanun merujuk kepada sekumpulan kitab sakral yang diterima sebagai tulen. Istilah ini juga merujuk kepada sekumpulan karya kesusasteraan daripada seseorang pengarang yang dianggap tulen. Contohnya, sebanyak 37 drama pentas yang hebat dipercayai dihasilkan oleh William Shakespeare. Akhir-akhir ini, konsep kesejagatan dan autoriti yang membentuk kanun dalam kesusasteraan mula dicabar. Umpamanya, kanun sastera dunia hanya merujuk kepada teks sastera Barat dan mengetepikan teks sastera lain, atau teks sastera golongan minoriti. Fenomena ini menunjukkan bahawa konsep kanun ini dipengaruhi ideologi dan kepentingan tertentu. Oleh itu, pembaca harus berwaspada apabila mengamati teks yang dianggap kanun dengan mengkaji sistem dan proses yang mengagungkan karya sastera tersebut. |
protein family | famili protein | Biologi | Genetik | Sekumpulan protein yang terdiri daripada hasil sekumpulan gen yang berkait rapat dari segi struktur. |
mystax | mistaks | Biologi | Entomologi | 1. Sekumpulan bulu di bahagian atas mulut serangga tertentu. 2. Sekumpulan bulu kejur atau seta di bahagian atas mulut sesetengah serangga Diptera. |
clone | klon | Biologi | Genetik | 1. Sekumpulan individu yang dihasilkan menerusi pembiakan vegetatif daripada satu individu asal. 2. Sekumpulan sel yang mempunyai kandungan gen yang seiras. klon DNA. |
differential host | perumah pembeza | Pertanian | Tiada | Sekumpulan perumah yang digunakan untuk mengenal pasti patogen di bawah peringkat spesies, misalnya forma spesialis, ras fisiologi atau patorar. Sebaiknya setiap ahli perumah tersebut mengandungi satu atau sekumpulan gen tahan yang berbeza. |
differential host | perumah pembeza | Biologi | Patologi | Sekumpulan perumah yang digunakan untuk mengenal pasti patogen di bawah peringkat spesies, misalnya forma spesialis, ras fisiologi atau patovar. Sebaiknya setiap ahli perumah tersebut mengandungi satu atau sekumpulan gen tahan yang berbeza. |
inhuman treatment | perlakuan tak berperikemanusiaan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Layanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau mental, perbuatan atau peninggalan, yang diberikan terhadap manusia seolah-olah orang tersebut bukan manusia, seperti memukul manusia seperti memukul haiwan, menggiring sekumpulan manusia seperti menggiring sekumpulan haiwan, memakan daging manusia, menyeret mayat, atau melayan manusia seperti zat yang tidak mempunyai bahasa, akal atau kefahaman. Contoh lain ialah menghalang seseorang daripada tidur atau membuang air kecil, atau menghalang seseorang daripada menikmati cahaya waktu siang atau menghalang seseorang daripada bertemankan seseorang yang lain. |
chorus | korus | Kesusasteraan | Tiada | Sekumpulan pelakon yang bertindak sebagai pencerita dan pengulas atau watak yang menyanyi, menari, berdikir dan berdialog dalam drama dan teater. Korus berasal daripada teater Yunani, dan terdapat dalam drama Aeschylus dan Sophocles. Biasanya, ahli korus berjumlah antara 12 ? 13 orang. Korus juga digunakan di Rom seperti yang ditemui dalam drama Seneca. Dalam teater tradisional tempatan seperti makyung, korus dikenali sebagai jong dong dang dan dianggotai antara 8 ? 10 orang. Dari aspek muzik, korus merujuk kepada sekumpulan penyanyi. Sebilangan lagu dinyanyikan secara berselang-seli oleh korus dan penyanyi solo, terutamanya dalam makyung, hadrah dan rodat. Sesetengah lagu asli menggunakan korus sebagai penegasan atau not balas kepada penyanyi solo tersebut. |
media junket | kunjungan media | Komunikasi | Korporat | Lawatan sekumpulan wakil media yang dijemput dan diuruskan oleh sesebuah organisasi atau lawatan khas yang dibiayai sepenuhnya oleh organisasi penganjur. Tujuan kunjungan media adalah untuk memberikan peluang kepada pihak media menyaksikan sesuatu acara, peristiwa atau mengalami sesuatu keadaan yang baru dan boleh memberikan impak langsung secara positif kepada individu wakil media. Kunjungan ini boleh membantu pihak media memberikan publisiti yang lebih menyeluruh dan efektif. Pendekatan ini biasanya memberikan kesan perhubungan awam yang positif walaupun melibatkan kos yang tinggi. Contoh acara ialah lawatan wakil media yang diuruskan oleh bahagian perhubungan awam syarikat penerbangan untuk membuat liputan satu destinasi baru yang menggunakan pesawat model baru. Contoh lain ialah kunjungan sekumpulan media untuk mengadakan wawancara dengan pelakon atau penyanyi popular dunia di bandar raya terkenal dunia yang album atau filemnya akan dilancarkan di Malaysia. Wakil media akan dibekalkan dengan maklumat asas |
degrading treatment | perlakuan merendahkan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Layanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau psikologi, perbuatan atau peninggalan yang bertentangan dengan nilai kehormatan dan maruah manusia. Tindakan melayan manusia seolaholah seekor haiwan, contohnya memukul manusia seperti memukul haiwan, menggiring sekumpulan manusia seperti menggiring sekumpulan haiwan, memakan daging manusia, menyeret mayat atau melayan manusia seperti zat yang tidak mempunyai bahasa, akal atau kefahaman. Perlakuan merendahkan juga termasuklah penderaan seksual. |