Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. paling kurang, yg tersedikit, serendah-rendahnya: perbelanjaan yg diperlukan utk melaksanakan rancangan itu ~ satu juta ringgit; kebanyakan penduduk di sini memiliki bendang ~ tiga ekar tiap-tiap satu keluarga; 2. setidak-tidaknya: bagaimana kejam sekali pun mereka, ~ tentu mempunyai belas kasihan terhadap seorang bayi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : paling kurang; tersedikit; serendah-rendahnya: Tiap-tiap pemohon bagi jawatan tsb hendaklah mempunyai kelulusan ~ Sijil Rendah Pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
informative sitetapak bermaklumatBioinformatikBioinformatik MolekulKedudukan sekurang-kurangnya dua sifat yang berbeza dalam set jujukan yang berkaitan, dan setiap sifat ini wujud dalam sekurang-kurangnya dua jujukan. Sifat ini boleh terdiri daripada pelbagai jenis data termasuk morfologi, seperti kehadiran sayap atau tentakel, atau maklumat molekul, seperti jujukan DNA atau protein.
symptom-based strategystrategi berasaskan gejalaKesihatan AwamTiadaLangkah yang diambil tanpa berdasarkan ujian, seperti penyembuhan individu daripada penyakit berjangkit. Melalui kaedah ini, pemantauan dilakukan sekurang-kurangnya 7 hari selepas individu menunjukkan gejala, sihat sekurang-kurangnya 72 jam dan pengurangan demam tanpa penggunaan sebarang ubat.
non-test-based strategystrategi tak berasaskan ujianKesihatan AwamTiadaLangkah yang diambil tanpa berdasarkan ujian, seperti penyembuhan individu daripada penyakit berjangkit. Melalui kaedah ini, pemantauan dilakukan sekurang-kurangnya 7 hari selepas individu menunjukkan gejala, sihat sekurang-kurangnya 72 jam dan pengurangan demam tanpa penggunaan sebarang ubat.
password ruleperaturan kata laluanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPeraturan dalam bentuk arahan mengenai panjang, susunan, gabungan, dan pilihan aksara yang akan digunakan dalam kata laluan. Contohnya, setiap kata laluan mesti sekurang-kurangnya mengandungi 8 aksara yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua nombor dan dua aksara khas. Pelaksanaan dasar kata laluan agar pengguna tidak memilih kata laluan yang mudah diteka. Peraturan ini dikuatkuasakan oleh sistem pengendalian komputer yang ingin dicapai.
subscription policypolisi bertajainsuransTiadaPolisi yang dikeluarkan oleh sekurang-kurangnya dua insurer. Tahap risiko yang ditanggung oleh setiap insurer dinyatakan di dalam polisi.
suspected casekes disyakiKesihatan AwamTiadaSeseorang pesakit dengan jangkitan dan sekurang-kurangnya satu tanda atau gejala penyakit dan perlu dimasukkan ke hospital serta mempunyai sejarah perjalanan atau menetap di negara, kawasan atau sempadan yang dilaporkan penularan tempatan, tetapi tiada kajian tentang punca timbulnya penyakit secara klinikal (etiologi).
attestation clausefasal pengakusaksianinsuransTiadaFasal yang mewajibkan polisi ditandatangani oleh sekurang-kurangnya seorang yang berkuasa seperti pengurus atau pengarah syarikat.
absolute alcoholalkohol mutlakHerbaPemiawaianCecair tidak berwarna yang boleh meruap, mengandungi sekurang-kurangnya 99.5% etanol per isi padu/berat (campuran minimum 0.5% air) dan berformula molekul CH3CH2OH. Cecair ini digunakan sebagai pelarut dalam pengekstrakan herba untuk pemiawaian. Sinonim alkohol dehidrasi.
calcareous oozeozz berkapurSains MarinTiadaEnapan pelagos laut dalam yang mengandungi sekurang- kurangnya 30% tinggalan rangka berkapur.
genomic libraryperpustakaan genomikBioinformatikBioinformatik MolekulHimpunan klon DNA pelbagai saiz yang mengandungi sekurang-kurangnya satu salinan bagi setiap jujukan DNA daripada genom organisma.
123

Kembali ke atas