Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = sela-sela ruang di antara dua benda, celah: dr ~ daun-daun, dipandangnya pemuda itu dgn terharu; 2. sesuatu yg terletak (terselit dll) di antara dua benda; tanaman ~ tanaman (spt jagung, kacang, dll) yg ditanam di antara pokok-pokok lain; bersela 1. mempunyai sela (antara, selang), bercelah, berselang: maka orang melihat pun penuh sesak tiada ~ lagi; 2. berseling dgn, bersambut dgn (bunyi dll), bertingkah dgn: bunyi katil berkeriutan, ~ keluhan yg panjang; bersela-sela berselang-seli, selang-menye­lang: pondok itu terdiri di bawah pohon-pohon kayu yg rendang yg ~ dgn pohon kerambil; menyela 1. terletak di antara dua benda (rumah, kerusi, dll), tersisip, terselit; 2. me-letakkan sesuatu di antara dua benda, menyelit-kan, menyisipkan: gerak irama yg teratur rapi itu kadang-kadang disela oleh beberapa baris syair; 3. mencelah atau menyampuk (per-cakapan orang): ia men­diamkan dirinya juga tidak sepatah pun ia ~ perkataan ibunya itu; sela-menyela saling menyela (mencelah), berselang-seli; menyelakan meletakkan di celah-celah (di antara dua benda, disela), menyelitkan, menyi-sipkan; selaan sesuatu yg menyela (diselakan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (séla) sl tempat duduk di atas belakang kuda, pelana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (séla) sl batu; menyelakan membaling (melontar) dgn batu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (séla) Mn juling (mata). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = sela-sela tempat atau ruang yg terletak di antara dua benda; celah: Dia mengintai dr ~ dinding. 2 apa-apa yg terletak di antara dua benda: Nanas dpt digunakan sbg tanaman ~. menyela 1 terletak di antara dua benda; terselit. 2 mencelah dgn sesuatu yg lain (spt melakukan sesuatu yg lain ketika berbuat sesuatu); menyelang: Kerjanya tidak selesai kerana disela dgn bermain-main. 3 menyelangkan dua benda dgn sesuatu: Pekebun ~ pokok-pokok kelapa dgn tanaman kopi utk menam­bah pendapatan mereka. 4 memotong atau menyampuk percakapan orang; mencelah. menyelakan meletakkan sesuatu di antara dua benda; menye­litkan; menyisipkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : /séla/ tempat duduk di atas be­lakang kuda dll; pelana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sela
Kata Terbitan : sela-sela, bersela, bersela-sela, menyela, sela-menyela, menyelakan, selaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ignition lagsela masa pencucuhanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSela masa antara pancitan bahan api dengan mula berlakunya pembakaran di dalam kebuk enjin diesel.
air gapsela udaraKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaRuang udara yang kecil di antara dua bahagian, misalnya ruang di antara elektrod pada palam pencucuh.
octaveoktafGeologiTiadaSela di antara sebarang dua frekuensi yang mempunyai nisbah 2 terhadap 1.
arcarkaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBunga api yang terhasil apabila arus elektrik melompat merentasi sela udara antara dua elektrod seperti dalam titik sentuh pada pengagih.
systematic samplingpensampelan sistematikPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPemilihan sampel daripada populasi secara rawak mengikut sela tertentu.
thermogravimetry analyzer (TGA)penganalisis termogravimetri (TGA)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah analisis terma yang mengukur jisim sampel dalam sela masa tertentu apabila suhu berubah.
feeler gauge bladebilah tolok pendugaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaJalur logam yang mempunyai bacaan ketebalan tertentu untuk mengukur sela kelegaan.
Stokes linegaris StokesFizikNanoteknologiGaris spektrum pada jarak gelombang tertentu yang dipancarkan oleh molekul bahan pendarfluor atau hasil serakan Raman. Garis Stokes mempunyai jarak gelombang yang lebih panjang daripada sinaran yang menguja. Pengurangan tenaga sinaran ini berkaitan dengan sela tenaga keadaan aras elektronik getaran suatu molekul. Oleh itu, garis ini digunakan untuk mengukur tenaga getaran molekul tersebut secara langsung. Banding garis anti-Stokes.
anti-Stokes linegaris anti-StokesFizikNanoteknologiGaris spektrum pada jarak gelombang tertentu yang dipancarkan oleh molekul bahan pendarfluor atau hasil serakan Raman. Garis anti-Stokes mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada sinaran yang menguja. Peningkatan tenaga sinaran ini berkaitan dengan sela tenaga keadaan aras elektronik getaran suatu molekul. Oleh itu, garis ini digunakan untuk mengukur tenaga getaran molekul tersebut secara langsung. Banding garis Stokes.

Kembali ke atas