life linesman | pembantu penyelam | Kejuruteraan | Tiada | Pembantu yang menjaga tali keselamatan penyelam selagi penyelam berada dalam air, membantu untuk menurunkan penyelam dan menariknya naik apabila diisyaratkan supaya berbuat demikian. |
suspend | penggantungan | Undang-undang | Tiada | Tidak melaksanakan hukuman bergantung pada syarat tertentu selagi syarat-syarat tersebut dipatuhi, contohnya dalam seksyen 294 dan 173A Kanun TatacaraJjenayah. |
adventitious dentine | dentin adventitius | Perubatan | Tiada | Dentin yang terbentuk selepas pembentukan gigi, berterusan selagi gigi masih vital. Sinonim : dentin sekunder. |
joint life annuity | anuiti hayat bersama | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Polisi yang membayar faedah selagi dua anuitan atau lebih masih hidup dan akan berhenti sebaik sahaja salah seorang mati. |
memory | ingatan | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu ruang penyimpanan data dan suruhan secara sementara selagi komputer masih beroperasi. Ingatan tidak digunakan untuk menyimpan data secara kekal kerana mahal dan meruap. Ingatan selalu di interaksi/dicapai oleh CPU, tetapi ingatan berasingan dengan CPU. Secara asasnya, ruang storan ingatan boleh digunakan dalam lima bentuk yang berbeza; (i) Untuk menyimpan atur cara sistem pengendalian dan perisian sistem. (ii) Untuk menyimpan atur cara aplikasi seperti pemproses kata, hamparan dan pangkalan data. (iii) Untuk menyimpan data secara sementara iaitu data yang diterima dari peranti input atau storan sekunder. (iv) Untuk menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan dalam satu kawasan storan kerja. (v) Untuk menyediakan ruang storan tambahan kepada atur cara atau data jika diperlukan. Ciri penting ingatan ialah saiz dan kelajuan ingatan. Faktor saiz bergantung kepada kos. Faktor kelajuan adalah faktor terpenting dan bergantung kepada jenis ingatan. Ingatan juga disebut dengan pelbagai nama seperti ingatan |

right to life | hak kehidupan | Undang-undang | Tiada | Hak seseorang untuk hidup dan menjalani kehidupan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang. |
noncancellable policy | polisi tidak boleh batal | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kontrak insurans kesihatan yang tidak boleh ditamatkan selagi premium dibayar oleh pihak yang diinsuranskan. Kebanyakan polisi insurans membenarkan pembatalan dibuat sama ada oleh pihak yang diinsuranskan atau insurer tetapi bagi polisi ini pembatalan boleh dibuat oleh satu pihak sahaja. |
trembler bell | loceng bergetar | Teknik | Elektrik | Loceng yang akan berbunyi apabila suisnya ditekan dan tidak akan berhenti selagi suisnya tidak dilepaskan. Misalnya, loceng rumah. |
contingent immunization | imunisasi kontingen | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bentuk pengurusan bon yang melibatkan kedua-dua elemen aktif dan pasif. Selagi keputusan yang memuaskan diperoleh maka portfolio bon itu diurus secara aktif, tetapi jika keputusan tidak memuaskan, maka portfolio bon itu akan diimunisasi serta-merta. |