Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
constant weightberat tetapHerbaTiadaNilai berat yang diperoleh apabila dua penimbangan berturutan tidak memberikan perbezaan melebihi 0.5 mg bagi setiap 1 g bahan. Selagi berat tetap tidak tercapai, bahan akan dipanaskan atau dipijar pada satu tempoh masa tambahan (biasanya satu jam) mengikut kesesuaian sifat bahan mentah herba, sebelum penimbangan seterusnya dilakukan.
air locksendat udaraKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1. Ruang kedap udara yang menyediakan laluan antara dua tempat kerja yang berbeza tekanan. Tekanan persekitaran luar bertekanan atmosfera manakala tekanan lebih tinggi di bahagian dalam ruang kerja. Ruang ini biasanya terdapat di dalam ruang kerja terowong bawah tanah, kapal selam dan bahagian kuarantin hospital. 2. Keadaan apabila gelembung udara terperangkap di dalam aliran cecair dalam sistem perpaipan. Gelembung udara ini boleh menyebabkan aliran cecair tersekat. Aliran masih tersekat selagi udara yang terperangkap tidak dibebaskan. Keadaan ini boleh juga berlaku dalam sistem brek kereta. 3. Keadaan apabila gelembung udara terperangkap di permukaan bahagian acuan dengan plastik suntikan dalam proses suntikan plastik teracu. Kesan sendat udara ini menghasilkan permukaan yang berombak dan kualiti produk yang tidak mencapai standard.
sequence of controljujukan kawalanTeknikElektrik1. Satu susunan peranti yang disambungkan di dalam satu litar bagi mengawal dan melindungi litar tersebut. Urutan kadar peranti ini bermula daripada yang besar kepada yang lebih kecil. Misalnya, sistem bekalan di rumah yang terdiri daripada fius khidmat yang dipasang di awal litar dan kemudian diikuti dengan meter kWj, suis utama dan akhirnya kotak fius agihan dan litar kawalan motor penghantar. 2. Susunan yang menyebabkan sesuatu litar tidak dapat dihidupkan selagi litar di atasnya tidak dimatikan atau dihidupkan mengikut kawalan yang dikehendaki. Misalnya, dalam litar lampu lalu lintas.
loopgelungTeknologi MaklumatPerisianPerintah atau set perintah yang dilakukan berulang kali menurut jumlah dan syarat yang telah ditetapkan. Dengan menggunakan gelung, sesuatu perintah itu hanya perlu ditulis sekali sahaja. Contohnya, dalam gelung ‘while’ dan gelung ‘for’, set perintah diulang selagi syarat yang ditetapkan dipenuhi. Contoh kod gelung dalam bahasa C adalah seperti yang berikut: x=0; while (x <= 3){ printf(x); x++; } Kod seperti yang di atas akan memaparkan nilai x selagi nilainya kurang atau sama dengan 3. Oleh yang demikian, atur cara akan memaparkan nombor seperti yang berikut: 0 1 2 3

Kembali ke atas