Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
HLA DQα1HLA DQα1Sains ForensikTiada1. Lokus yang digunakan dalam pemprofilan DNA forensik. Lokus ini mengandungi lapan lokus umum, yang terdiri daripada alel 1 yang terdiri daripada tiga subkumpulan, iaitu 1.1, 1.2, dan 1.3, alel 2, alel 3 dan alel 4 yang juga terdiri daripada tiga subkumpulan. Sebelum ini, istilah ini dikenali dengan nama HLA DQα. 2. Nama bagi kit komersial forensik DNA untuk menganalisis lokus HLA DQα1 yang mampu membezakan alel 4 kepada tiga subkumpulannya, iaitu 4.1, 4.2 dan 4.3 selain daripada alel 1.1, 1.2, 1.3, 2 dan 3. Sinonim DQα1.
reductio ad absurdumreductio ad absurdumMatematikTiadaKaedah pembuktian melalui percanggahan. Kaedah ini bermula dengan andaian bahawa apa yang hendak dibuktikan itu adalah palsu, akhirnya didapati sesuatu yang sudah diketahui memang palsu. Contoh: “Buktikan nombor tak nisbah”. Andaikan yang sebaliknya, iaitu ialah nombor nisbah. Maka dapat ditulis sebagai nisbah dengan p dan q dua integer positif tanpa pembahagi sepunya selain 1. Akhirnya, melalui langkah-langkah yang sah, didapati p dan q mempunyai 2 sebagai pembahagi sepunya dan ini merupakan satu percanggahan.
blastophoreblastoforPerubatanTiada1. Kandungan sel sperma selain spermatid.
amylopectinamilopektinMakanan dan PemakananTeknologi MakananKomponen utama kanji selain amilosa. Amilopektin merupakan polimer bercabang yang berantai ?-1,4 dan ?-1,6 dan menghasilkan warna ungu apabila bertindak balas dengan iodin.
beverageminuman; bahan minumanPentadbiran PerniagaanTiada1. Minuman: Sebarang cecair selain dari air biasa yang boleh diminum.,2. Bahan minuman: Bahan yang digunakan untuk membuat sesuatu jenis minuman.
general aviationpenerbangan amAeroangkasaTiadaSejenis industri penerbangan selain daripada sistem talian udara dan penerbangan ketenteraan.,1. Terangkat: Keadaan pada laju tertentu yang mana juruterbang menarik turus kawal ke belakang untuk membolehkan pesawat udara meninggalkan bumi.,Sejenis industri penerbangan selain daripada sistem talian udara dan penerbangan ketenteraan.
composite numbernombor gubahanMatematikTiadaNombor integer yang berupa hasil darab dua nombor integer lain selain daripada nombor 1.
bioavailabilitybioketersediaanPerubatanTiadaNisbah ubat yang memasuki kitaran sistemik berbanding dengan jumlah yang diberi. Pemberian ubat secara intravena menghasilkan bioketersediaan yang bernilai 1, manakala pemberian selain daripada itu menghasilkan nilai yang kurang daripada 1. Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti kadar penyerapan, saiz molekul dan kesan lintas pertama. Bioketersediaan dikira melalui keluasan di bawah lengkung paras ubat melawan masa. Dalam farmakokinetik, bioketersediaan ditandakan dengan huruf F. Sinonim ketersediaan sistemik.
expositioneksposisiKesusasteraanTiada1. Salah satu daripada empat jenis utama komposisi, selain daripada hujahan/deskripsi dan pengisahan.,2. Memperjelas sifat sesuatu objek, idea atau tema.
infusioninfusiPerubatanTiada1. Kaedah pemberian terus ubat-ubatan atau cecair tubuh selain darah ke dalam vena untuk rawatan. 2. Pengekstrakan bahan larut daripada herba yang direndamkan di dalam air. 3. Larutan yang mengandungi ekstrak herba yang didapati melalui proses (2) di atas.
12345

Kembali ke atas