Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sélak); menyelak 1. menyingkap (tudung, selubung, dll), membuka, menying­singkan: kain yg menutupi betisnya diselak hingga ke paras lutut; Tun Tuah pun segera ~ pen-duanya; 2. menyebak (buku dll), membuka: buku itu diselaknya lepas semuka ke semuka; menyelak-nyelak menyelak (buku, maja­lah, dll) dgn cepat tanpa membaca atau melihatnya dgn teliti: dia masih asyik ~ majalah, mem-baca tajuk, dan melihat gambar; menyelakkan menyelak utk; terselak tersingkap (kain, selubung, tudung, dll), terbuka, tersebak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = penyelak sj kayu palang (utk mengunci pintu), kancing pintu: perlahan-lahan dia berdiri, bergerak ke pintu, dan mengenakan ~ pintu itu; berselak terpasang selaknya, berkunci, ber­kancing: pintu itu ~ di atas dan di bawah; menyelak mengunci dgn selak, mengancing: daun pintu diselak perlahan-lahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jk; menyelak mendesak (supaya lekas dll), menggesa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw; terselak, keselak tersedak, ke-sedakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sélak/; menyelak 1 menarik tudung sesuatu supaya terbuka; me­­nyingkap: Dia ~ kainnya utk me­nunjukkan bisul di betisnya. 2 membuka halaman buku; menyebak buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : , = penyelak kayu palang utk mengunci pintu: ~ pintu palang pintu. menyelak mengunci pintu dgn selak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selak
Kata Terbitan : penyelak, berselak, menyelak, menyelak, terselak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flip bookbuku selakPendidikanTiadaBuku yang mengandungi rangkaian ilustrasi dari satu halaman ke satu halaman berikutnya yang dilihat seperti beranimasi apabila diselak secara pantas.
blind windowtingkap butaKesenianHiasan DalamanTingkap khas yang terdiri daripada beberapa selak panjang atau menegak yang dibuat daripada pelbagai bahan keras seperti kayu, plastik atau logam yang dipasang bersama-sama dengan tali pada tingkap ini. Tingkap ini tidak boleh dibuka kerana dibina pada dinding dan biasanya digunakan sebagai hiasan. Walau bagaimanapun, cahaya dan pemandangan boleh dilihat menerusi tingkap ini.

Kembali ke atas