tidal marsh | rawang pasang surut | Sains Marin | Tiada | Rawa yang mempunyai jumlah kandungan air yang selalu berubah-ubah disebabkan oleh pengaruh pasang surut air laut. Air selalu berganti dalam beberapa waktu mengakibatkan keadaan air menjadi tidak terlalu masin sehingga beberapa spesies fauna dan flora mampu beradaptasi dalam lingkungan ini. |
automatic speech | pertuturan automatik | Sains Kesihatan | Tiada | Ujaran yang selalu diulang-ulangkan dengan sedikit kesedaran makna. Contohnya, hari dalam seminggu. |
personal effects floater | pengapung barang persendirian | insurans | Tiada | Polisi melindungi barang persendirian yang selalu dibawa oleh pelancong. Polisi boleh diunderait dalam bentuk semua risiko atau peril tertentu. Perlindungannya meliputi seluruh dunia tetapi tidak termasuk tempat kediaman insured. |
hypertext markup language (HTML) | bahasa penanda hiperteks (HTML) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Bahasa penandaan yang selalu digunakan untuk membuat laman web. Bahasa ini menyediakan kaedah untuk menghuraikan struktur maklumat berasaskan teks dalam dokumen. Bahasa ini mempunyai sambungan fail <.html> atau <.htm>. Contoh editor bahasa ini ialah Note, MS Words atau MS Power Point. |
terrarium plant | tumbuhan terarium | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan darat yang hidup di kawasan lembap dan selalu digunakan sebagai tumbuhan hiasan dalam balang kaca. Tumbuhan terarium yang bersaiz kecil sesuai dijadikan tumbuhan hiasan. |
metaphase chromosome | kromosom metafasa | Fizik | Nanoteknologi | Struktur DNA pada peringkat kitaran sel yang berada dalam keadaan paling tumpat dan mudah untuk dibezakan. Kromosom ini selalu dipilih untuk dianalisis kerana mudah dicerap. Sekiranya kromosom ini terlalu tumpat dan mampat, proses penciriannya menjadi sukar. |
coercive power | kuasa paksaan | Pentadbiran | Tiada | Autoriti yang berpunca daripada kawalan seseorang pentadbir melalui hukuman atau menolak pemberian ganjaran kepada kakitangan bawahan. Kuasa paksaan selalu dimiliki oleh mereka yang boleh memecat, mengurangkan gaji, menangguhkan bayaran, menahan atau menurunkan pangkat seseorang yang tidak mengikut arahan serta peraturan yang ditetapkan dan mungkin oleh kerana pencapaian yang tidak memuaskan. Oleh itu, seseorang pentadbir memperoleh kuasa kerana kakitangan takut dihukum jika tidak mengikut peraturan organisasi. Pada hari ini kuasa paksaan lebih difokuskan kepada aspek psikologi dan emosi. Walaupun undang-undang mengehadkan kebolehan seseorang pentadbir menggunakan kuasa paksaan, namun kuasa paksaan masih digunakan oleh kebanyakan organisasi kerana pentadbir atasan hendak mendapatkan kepatuhan daripada kakitangan bawahan. |
spring cleaning | pembersihan menyeluruh | Umum | Tiada | Proses membersihkan keseluruhan kawasan dalam dan luar rumah atau sesuatu tempat dengan baik dan sempurna, termasuklah bahagian yang tidak selalu dibersihkan. |
neutral | neutral | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar tidak memihak kepada mana-mana individu, kelompok, pertubuhan atau negara yang sedang bersaing dengan pihak lain. Konsep ini selalu digunakan untuk merujuk persaingan antara blok timur dan barat dalam era Perang Dingin apabila sebilangan negara sedang membangun mengisytiharkan bahawa mereka tidak memihak kepada blok timur atau barat. Dasar tidak memihak mula dikemukakan oleh Tito (Yugoslavia), Soekarno (Indonesia) dan Nkrumah (Ghana) semasa persidangan awal Pergerakan Negara Tidak Berpihak. Hasilnya, kumpulan negara ini menubuhkan pergerakan yang tidak terikat dengan mana-mana pihak yang digelar sebagai Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). |
mass airflow | aliran jisim udara | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kuantiti udara yang mengalir melalui pancarongga pengam- bilan dan masuk ke dalam kebuk pembakaran enjin. Kuantiti ini selalu diungkapkan dalam jisim per unit masa, seperti kg/ saat. |