Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selalunya

Peribahasa

Naik seperti semut,
     turun seperti ribut.

Bermaksud :

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik melompat, turun terjun, b. Naik membilang anak tangga, turun selangkah jejaklah ke bumi).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cumulonimbuskumulonimbusSainsHidrometeorologiGenus awan yang tebal dan padat dengan takat menegaknya yang tinggi, berbentuk gunung atau menara yang sangat besar. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada bahagian atasnya licin atau berserabut atau berjalur, dan hampir selalunya pipih. Bahagian ini selalunya menghampar dalam bentuk andas atau kepulan besar. Di bawah dasar awan ini, yang biasanya amat gelap, terdapat awan yang kurang bergerigi, sama ada berpadu dengannya atau terpisah, dan kadang kala curahannya berbentuk virga.
irreversible pulpitispulpitis tak berbalikPergigianTiadaKeradangan tisu pulpa yang tidak boleh reda. Kesakitan selalunya dirasai dengan tiba-tiba atau dirangsang oleh bahan iritasi. Kesakitan selalunya berterusan melebihi 15 saat dan sakitnya terhad kepada kawasan gigi serta mengganggu tidur. Ini menandakan infeksi pulpa telah berlaku. Jika rangsangan berterusan, tisu pulpa akan mengalami nekrosis. Rawatan secara operatif biasanya tidak dapat menyelesaikan masalah keradangan melainkan rawatan kanal akar dijalankan.
ambient noisehingar ambienTeknologi MaklumatTiadaParas hingar yang wujud pada setiap masa di persekitaran sesuatu tempat/bilik. Paras ini selalunya diukur dalam unit desibel. Selalunya paras hingar di bilik rakaman dikehendaki berada di paras sifar.
thunderstormribut petirSainsHidrometeorologiRibut tempatan yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus. Ribut ini selalunya disertai kilat dan guruh, serta angin yang kuat, hujan yang lebat dan kadang kala hujan batu. Ribut ini selalunya berlaku dalam jangka masa yang pendek, jarang-jarang melebihi dua jam. Ribut petir merupakan hasil ketakstabilan atmosfera dan terdiri daripada lapisan udara terbalik untuk mencapai penstrataan ketumpatan yang lebih stabil. Olakan kencang merupakan ciri ribut petir pada awal fasa kejadiannya. Angin kencang yang menurun dalam suatu turus kerpasan menandakan tahap kelesapan. Ribut petir bertiup sehingga 40 000 � 50 000 kaki di latitud tengah dan hingga ke ketinggian yang lebih di kawasan tropika. Hanya kestabilan stratosfera bahagian bawah yang mengehadkan perkembangan ribut ke atas. Kualiti unik ribut petir ialah kegiatan elektrik yang menonjol. Kajian berkenaan dengan elektrik ribut petir termasuk bukan sahaja fenomena kilat tetapi kesemua kekompleksan pemisahan cas ribut petir dan semua taburan cas dalam lingkungan pengaruh ribut petir.
thunderstormribut petirMeteorologiMeteorologi PerhubunganRibut tempatan yang dihasilkan oleh awan kumulonimbus. Ribut ini selalunya disertai kilat dan guruh, serta angin yang kuat, hujan yang lebat dan kadangkala hujan batu. Ribut ini selalunya berlaku dalam jangka masa yang pendek, jarang-jarang melebihi dua jam. Ribut petir merupakan hasil ketakstabilan atmosfera dan terdiri daripada lapisan udara terbalik untuk mencapai penstrataan ketumpatan yang lebih stabil. Arus olakan menaik yang kuat merupakan ciri ribut petir pada awal fasa kejadiannya. Arus menurun yang kuat dalam suatu turus kerpasan menandakan tahap kelesapan. Ribut petir terbentuk sehingga 40 000 kaki hingga 50 000 kaki tinggi di latitud tengah dan lebih tinggi di kawasan tropika. Kestabilan stratosfera bahagian bawah mengehadkan pengembangan ribut ke atas. Keunikan ribut petir ialah kegiatan elektriknya yang menonjol. Kajian berkenaan dengan elektrik ribut petir termasuk bukan sahaja fenomena kilat tetapi kesemua kekompleksan pemisahan cas ribut petir dan semua taburan cas dalam lingkungan pengaruh ribut petir.
cidersiderMakanan dan PemakananMakananJus perahan epal yang dijadikan minuman atau digunakan dalam pembuatan cuka. Di Britain, sider selalunya mengandungi alkohol manakala di Amerika Syarikat, sider selalunya tidak mengandungi alkohol. Sider keras ialah sider yang mengandungi alkohol.
showerhujan mencurahSainsHidrometeorologiKerpasan yang selalunya sekejap tetapi lebat dan turun dari awan olakan. Titisan zarah pepejal dalam hujan mencurah biasanya lebih besar daripada unsur-unsur yang sama dalam kerpasan jenis lain. Hujan mencurah dicirikan oleh permulaan dan pemberhentian yang mengejut, selalunya dengan perubahan kelebatan yang besar dan mendadak dan, yang paling sering ialah perubahan rupa langit; iaitu perubahan daripada awan hitam (kumulonimbus) kepada langit cerah dalam tempoh yang singkat.
cloud-to-ground dischargeluahan awan ke-bumiSainsHidrometeorologiLuahan kilat yang terjadi di antara pusat cas (selalunya negatif) di dalam awan dengan pusat yang berlawanan di bumi. Luahan awan ke bumi selalunya merupakan kilat gabungan, iaitu ia terdiri daripada beberapa panah kilat yang nyata, semuanya menggunakan saluran yang hampir sama dan satu per satu pada sela beberapa per seratus saat.
showerhujan curahMeteorologiMeteorologi PerhubunganHujan yang selalunya sekejap tetapi lebat dan turun dari awan olakan. titisan zarah pepejal dalam hujan curah biasanya lebih besar daripada unsur-unsur yang sama dalam kerpasan jenis lain. Hujan curah dicirikan oleh permulaan dan pemberhentian yang mengejut, selalunya dengan perubahan kelebatan yang besar dan mendadak, dan yang paling sering ialah perubahan rupa langit; iaitu perubahan daripada awan hitam kumulonimbus kepada langit cerah dalam tempoh yang singkat.
lacunosuslakunosusSainsHidrometeorologiJenis awan berbentuk kelompok, bambangan atau lapisan awan, selalunya agak nipis, dicirikan oleh lubang-lubang bulat (perkataan Latin lacunosus bermaksud berlubang-lubang) yang tersebar agak teratur dan kebanyakannya mempunyai tepi yang berjumbai. Unsur awan dan ruang yang jelas selalunya tersusun sehingga berupa jaring atau indung madu. Istilah ini digunakan terutamanya untuk sirokumulus dan altokumulus dan juga boleh digunakan, walaupun jarang-jarang sekali, bagi stratokumulus.
12345678910...

Kembali ke atas