Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.mat] | سلامت

Definisi : 1. terpelihara atau terhindar drpd bencana, terlepas drpd bahaya: tidak ~ berdiri tegak di dlm perahu yg kecil; ~ dr nahas jalan raya; 2. aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan: si kecil berasa ~ di dlm pelukan ibunya; 3. ucapan atau doa dgn harapan supaya sejahtera (terhindar drpd segala bencana, sampai hajat, dll) atau sbg tanda bersyukur: ketiga-tiga ratu itu pun me-nyuruh penggawanya membawa per­sembah dan memberi ~ akan baginda sesudah ber-putera; doa ~; kenduri ~; 4. harapan supaya aman sentosa (sejahtera dll) yg diucapkan sbg tegur sapa (salam): ~ datang; ~ jalan; ~ malam dll; berselamat mengucapkan kata-kata sapaan spt selamat pagi atau selamat petang kpd seseorang: tidak pernah aku ~ pagi kepada-nya; menyelamati ark mengadakan kenduri utk; menyelamatkan 1. menjauhkan bencana (bahaya dll) drpd seseorang dll, mengusahakan (melindungi dsb) supaya selamat: berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masing-masing; sangatlah sukar hendak ~ bangunan yg terbakar manakala angin yg kencang sedang bertiup-tiup; 2. menjimat­kan wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dgn sia-sia: berfikirlah dahulu sebelum melaku-kan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat diselamatkan; 3. menge­bumikan (mayat): mayat orang mati itu telah diselamatkan; 4. meng-adakan kenduri utk, menyelamati; terselamat terhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll), (telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia per­hamba-kan diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu; selamatan kenduri utk mendapat selamat: tidak lama lagi ia akan mengadakan ~ di rumahnya; berselamatan 1. mengadakan kenduri (sela­matan); 2. ark saling mengucap selamat; keselamatan perihal selamat, kesejah­teraan, keamanan: saya memang selalu menjaga ~ seseorang yg berkerabat dgn saya; ~ dlm negeri; penyelamatan perbuatan (usaha dsb) me­nye­­lamatkan; penyelamat orang yg menyelamatkan: se-karang saya telah menjadi isterinya, dan ia telah mengaku akan menjadi ~ bukan perosak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.mat] | سلامت

Definisi : 1 terlepas drpd segala bahaya atau bencana; tidak mendapat gang­guan apa-apa: Kami telah ~ sampai di London pd pukul 10.00 pagi. 2 ucapan atau doa yg berisi harapan supaya tidak kurang apa-apa, tidak terjadi sesuatu yg tidak baik, atau supaya sejahtera: Ketika dia berkahwin dahulu, banyak sahabat handai yg memberi ~ kpdnya. doa ~; ~ jalan; ~ pengantin baru. menyelamatkan mengusahakan su­paya selamat; menjauhkan bencana atau bahaya: Mereka lari lintang-pukang kerana hendak ~ diri. keselamatan keadaan selamat; keamanan: Pasukan polis menjaga ~ dlm negara. penyelamat orang yg menyelamatkan (seseorang atau sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selamat

Puisi
 

Kalau tumbuh lalang di Bucut,
     Tempat selamat bermain pedang;
Kalau sungguh janji tak lucut,
     Bagi alamat saya nak pegang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kalau pandai meniti buih,
     selamat badan sampai ke seberang.

Bermaksud :

Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Secure Electronic Transaction (SET)urus niaga elektronik selamat (SET)Teknologi MaklumatTiadaProtokol piawai yang direka bentuk untuk memastikan urusan e-dagang melalui Internet lebih selamat. Urus niaga elektronik selamat (SET) merupakan hasil usaha sama GTE, IBM MasterCard, Microsoft Netscape, SAIC, Terisa SYStems, BeriSiGN dan Visa.
safe working distancejarak bekerja selamatTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikJarak selamat daripada punca sinaran untuk operator radiografi industri bekerja. Jarak tersebut ditentukan oleh dos selamat yang terdapat pada Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas (2010) di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984.
safe districtkawasan selamatSains PolitikPolitik PerbandinganWilayah yang dianggap berada dalam keadaan selamat dan tidak menghadapi masalah politik atau keganasan. Kawasan seperti ini memperlihatkan hubungan kaum yang baik, kadar jenayah yang rendah dan kedudukan persaingan politik yang minimum. Kawasan ini juga bebas daripada sebarang gerakan subversif seperti cubaan pemberontakan dan gerakan pemisah. Contohnya, Vatican City merupakan kawasan selamat di Itali. Sinonim kawasan aman.
secure hypertext transfer protocol (SHTTP)protokol perpindahan hiperteks selamat (SHTTP)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerProtokol perpindahan hiperteks (HTTP) yang ditingkatkan untuk membenarkan komunikasi selamat melalui rangkaian Internet. Protokol ini menyulitkan fail atau menyertakan sijil digital pada fail untuk tujuan pengesahan. Pelanggan yang menggunakan SHTTP untuk menghubungi pelayan boleh menghantar sijil digital untuk mengesahkan identiti pengguna, di samping mengesahkan identiti pelayan pada masa yang sama.
safelightcahaya selamatTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSumber cahaya berwarna merah yang sesuai digunakan di dalam bilik gelap untuk memproses filem radiografi. Sumber cahaya ini tidak akan merosakkan filem dan menjamin ketumpatan optik filem tersebut berada di bawah paras yang dibenarkan. Sumber lampu merah ini dipasang di bilik gelap dan dibuka semasa penyediaan dan pemprosesan filem radiografi.
secure perimeterperimeter selamatTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPeranti komunikasi atau komputer yang terdedah kepada rangkaian luar yang dimantapkan dengan mekanisme keselamatan supaya boleh menangkis serangan dan mengelakkan pencerobohan ke atas komputer dan peranti dalaman.
safe spacetempat selamatUmumTiadaTempat atau persekitaran yang bebas daripada gangguan dan ancaman terhadap emosi atau fizikal.
touchsafe systemsistem sentuh selamatTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Sistem perlindungan pemalsuan dokumen yang setiap dokumen asli disertai suatu tanda pengesahan, yang hanya boleh dilihat sekiranya haba dari hembusan nafas dikenakan padanya. Tanda pengesahan ini tidak boleh dipalsu atau disalinkan oleh pencetak biasa. 2. Sistem penyalihan identiti biometri berasaskan cap jari untuk membezakan cap jari sebenar atau cap jari palsu yang mungkin dibenamkan pada jari sintetik.
secure electronic transaction (SET)urus niaga elektronik selamat (SET)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerProtokol yang dibangunkan untuk menjamin keselamatan urus niaga kewangan dan perdagangan pada Internet. Setiap pengguna yang ingin berurus niaga akan diberi satu sijil digital sebagai dompet elektroniknya. Urus niaga yang dilakukan dengan mengesahkan sijil digital dan tandatangan digital, penjual, dan juga bank pengguna sebelum urus niaga boleh diterima. Protokol ini menjadi piawaian yang diguna pakai oleh pengeluar kad kredit seperti Visa, MasterCard dan lain-lain.
secured government cloud computingpengkomputeran awan kerajaan selamatTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTiada
123456

Kembali ke atas