Secure Electronic Transaction (SET) | urus niaga elektronik selamat (SET) | Teknologi Maklumat | Tiada | Protokol piawai yang direka bentuk untuk memastikan urusan e-dagang melalui Internet lebih selamat. Urus niaga elektronik selamat (SET) merupakan hasil usaha sama GTE, IBM MasterCard, Microsoft Netscape, SAIC, Terisa SYStems, BeriSiGN dan Visa. |
safe working distance | jarak bekerja selamat | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Jarak selamat daripada punca sinaran untuk operator radiografi industri bekerja. Jarak tersebut ditentukan oleh dos selamat yang terdapat pada Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas (2010) di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984. |
safe district | kawasan selamat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Wilayah yang dianggap berada dalam keadaan selamat dan tidak menghadapi masalah politik atau keganasan. Kawasan seperti ini memperlihatkan hubungan kaum yang baik, kadar jenayah yang rendah dan kedudukan persaingan politik yang minimum. Kawasan ini juga bebas daripada sebarang gerakan subversif seperti cubaan pemberontakan dan gerakan pemisah. Contohnya, Vatican City merupakan kawasan selamat di Itali. Sinonim kawasan aman. |
secure hypertext transfer protocol (SHTTP) | protokol perpindahan hiperteks selamat (SHTTP) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol perpindahan hiperteks (HTTP) yang ditingkatkan untuk membenarkan komunikasi selamat melalui rangkaian Internet. Protokol ini menyulitkan fail atau menyertakan sijil digital pada fail untuk tujuan pengesahan. Pelanggan yang menggunakan SHTTP untuk menghubungi pelayan boleh menghantar sijil digital untuk mengesahkan identiti pengguna, di samping mengesahkan identiti pelayan pada masa yang sama. |
safelight | cahaya selamat | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sumber cahaya berwarna merah yang sesuai digunakan di dalam bilik gelap untuk memproses filem radiografi. Sumber cahaya ini tidak akan merosakkan filem dan menjamin ketumpatan optik filem tersebut berada di bawah paras yang dibenarkan. Sumber lampu merah ini dipasang di bilik gelap dan dibuka semasa penyediaan dan pemprosesan filem radiografi. |
secure perimeter | perimeter selamat | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Peranti komunikasi atau komputer yang terdedah kepada rangkaian luar yang dimantapkan dengan mekanisme keselamatan supaya boleh menangkis serangan dan mengelakkan pencerobohan ke atas komputer dan peranti dalaman. |
safe space | tempat selamat | Umum | Tiada | Tempat atau persekitaran yang bebas daripada gangguan dan ancaman terhadap emosi atau fizikal. |
touchsafe system | sistem sentuh selamat | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Sistem perlindungan pemalsuan dokumen yang setiap dokumen asli disertai suatu tanda pengesahan, yang hanya boleh dilihat sekiranya haba dari hembusan nafas dikenakan padanya. Tanda pengesahan ini tidak boleh dipalsu atau disalinkan oleh pencetak biasa. 2. Sistem penyalihan identiti biometri berasaskan cap jari untuk membezakan cap jari sebenar atau cap jari palsu yang mungkin dibenamkan pada jari sintetik. |
secure electronic transaction (SET) | urus niaga elektronik selamat (SET) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Protokol yang dibangunkan untuk menjamin keselamatan urus niaga kewangan dan perdagangan pada Internet. Setiap pengguna yang ingin berurus niaga akan diberi satu sijil digital sebagai dompet elektroniknya. Urus niaga yang dilakukan dengan mengesahkan sijil digital dan tandatangan digital, penjual, dan juga bank pengguna sebelum urus niaga boleh diterima. Protokol ini menjadi piawaian yang diguna pakai oleh pengeluar kad kredit seperti Visa, MasterCard dan lain-lain. |
secured government cloud computing | pengkomputeran awan kerajaan selamat | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Tiada |