culm sheath | pelepah kulma | Buluh | Tiada | Selaput yang keluar daripada buku yang menyelaputi kulma dan berfungsi sebagai pelindung pertumbuhan baharu. Selaput kulma berbeza-beza dari segi warna, bentuk dan rerambut mengikut spesies. |
diaphragm-type pump | pam jenis diafragma | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pam yang menggunakan selaput turun naik untuk menyedut dan melepaskan bendalir. Operasi pam ini dibantu oleh injap sehala yang memandu pergerakan bendalir sekali gus meng- halang sebarang aliran berbalik. Pergerakan selaput ini dijana oleh motor elektrik atau sesondol. |
fibre sheath | selaput serabut | Buluh | Tiada | Sekumpulan serabut buluh yang membentuk satu berkas vaskular dan melekat pada vesel metaxilem, floem dan protoxilem. Sinonim cecawan serabut. |
arachnoid | araknoid | Kejururawatan | Tiada | Selaput yang terdiri daripada lapisan tengah meninges. |
diaphragm | gegendang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Selaput boleh bergetar yang diikat pada satu hujung dan dipasang pegas pada bahagian tengahnya, yang digunakan dalam pam atau hon. |
fibre cup | cecawan serabut | Buluh | Tiada | Lihat selaput serabut. |
type I vascular bundle | berkas vaskular jenis I | Buluh | Tiada | Berkas vaskular yang mempunyai selaput serabut secara simetri di sisi xilem dan floem. Berkas vaskular jenis I hanya ditemukan dalam buluh monopodial. Sinonim berkas vaskular jenis terbuka. |
type II vascular bundle | berkas vaskular jenis II | Buluh | Tiada | Berkas vaskular yang mempunyai selaput serabut tidak bersimetri dan salah satu sisinya terletak pada bahagian protoxilem, bersaiz lebih besar dan berbentuk seperti kipas. Berkas vaskular jenis II hanya ditemukan dalam buluh simpodial. Sinonim berkas vaskular jenis sempit tengah. |
type III vascular bundle | berkas vaskular jenis III | Buluh | Tiada | Berkas vaskular yang mempunyai selaput serabut tidak bersimetri, dan terdapat berkas serabut yang terpisah daripada tisu vaskular utama. Berkas vaskular jenis III hanya ditemukan dalam buluh simpodial. Sinonim berkas vaskular jenis pisah tengah. |
sheath scar | parut pelepah | Buluh | Tiada | Parut yang tertinggal pada batang kulma buluh selepas selaput kulma gugur. |