Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.ras] | سلارس

Definisi : sama haluan, secocok, sepadan, sesuai: tawanan perang mestilah dijaga ~ dgn kandungan Perjanjian Geneva; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.ras] | سلارس

Definisi : 1 sama nadanya; setala. 2 sepadan; sesuai; secocok: Dia telah diberi tugas yg ~ dgn kecekapannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laras
Kata Terbitan : selaras, menyelaraskan, penyelarasan, keselarasan, penyelaras,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coordinated inauthentic behavior (CIB)kelakuan manipulatif selarasTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaTaktik memanipulasikan pemikiran awam dengan menggunakan pelbagai akaun media sosial sama ada yang tulen, pendua dan palsu untuk menyebarkan maklumat yang salah merentasi platform media sosial.
health adjustmentubahsuai kesihatanKejururawatanTiadaTindakan pengubahsuaian corak hidup selaras dengan perubahan status kesihatan.
herbal product validationpengesahan produk herbaHerbaTiadaTindakan untuk mengesahkan prosedur, proses, peralatan, bahan, aktiviti atau sistem selaras dengan prinsip Amalan Pengilangan Baik bagi memastikan ketekalan kualiti, keberkesanan dan keselamatan sesuatu kelompok produk herba ubatan.
flail chestdada terkulaiKejururawatanTiadaKeadaan tiga atau lebih tulang rusuk yang patang dan menyebabkan dinding dada bergerak tidak selaras semasa pernafasan. Ciri klinikal utamanya ialah pernafasan paradoks.
cellular automatonautomaton selularFizikNanoteknologiSistem diskret yang digunakan untuk mensimulasi kejadian sebenar dengan menggunakan susun atur sel dalam dua dimensi yang muncul secara berperingkat, selaras dengan keadaan sel jiran serta yang bergantung pada simulasi tersebut. Konsep automaton selular akan menjadi asas dalam pembuatan sistem komputer bintik kuantum yang merupakan salah satu hasil pembangunan nanoteknologi masa hadapan.
development chargecaj pemajuanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaBayaran yang dikenakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan kepada pemilik harta tanah kerana sesuatu perubahan kegunaan, pertambahan kepadatan, dan nisbah plot, atau luas lantai yang tidak selaras dengan piawaian yang diluluskan.
state capitalismkapitalisme negaraSains PolitikPolitik PerbandinganSistem ekonomi kapitalis yang mempunyai kerajaan yang kuat dan menguasai pelbagai badan perniagaan. Dalam sistem ini, kerajaan memiliki dan menguasai sepenuhnya perniagaan mengikut dasar yang telah ditetapkan. Kapitalisme ini diubah suai selaras dengan peranan kerajaan yang dominan dalam sistem ekonominya. Kerajaan boleh menetapkan peraturan persaingan, harga barangan atau perkhidmatan tertentu, menentukan barangan yang boleh dieksport atau tidak, mengarahkan percantuman perniagaan seperti bank atau badan korporat malah memiliknegarakan badan perniagaan tertentu. Dalam maksud lain, sistem kapitalis ini tidak sepenuhnya bebas sebaliknya tertakluk kepada pengawalan kerajaan. Contohnya kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia memiliki ciri-ciri kapitalisme negara.
shoestring districtdaerah berbelanjawan kecilSains PolitikPolitik PerbandinganWilayah yang mendapat atau menggunakan belanjawan yang sedikit walaupun wilayah tersebut tidak semestinya bersaiz kecil. Peruntukan yang kecil menyebabkan wilayah ini tidak mempunyai pembangunan yang pesat, infrastruktur yang hebat serta aktiviti ekonomi yang rancak. Perkembangannya sederhana selaras dengan perbelanjaan yang digunakan. Kebanyakan kawasan yang memilih calon pembangkang dalam pilihan raya sering menjadi kawasan yang berbelanjawan kecil apabila tindakan kerajaan negeri dan pusat meminggirkan proses pembangunan kawasan tersebut.
float levelaras pelampungKejuruteraan AutomotifEnjinKedudukan pelampung dalam karburetor yang menyebabkan injap jejarum menutup salur masukan bahan api. Pelampung ini dilaraskan untuk mengelakkan penghantaran bahan api yang berlebihan ke dalam mangkuk pelampung supaya tidak terjadi limpahan. Kedudukan pelampung ini menentukan aras bahan api selaras dengan muncung bahan api dalam karburetor.
kidnap-ransom insuranceinsurans tebus-balikinsuransTiadaInsurans ini disediakan khusus untuk institusi kewangan bagi melindungi pekerja yang dinamakan dengan amaun tebusan dikira berdasarkan individu atau agregat. Deduktibel yang dikenakan pada insured biasanya adalah 10% daripada sebarang kerugian. Pasaran untuk perlindungan ini adalah kecil dan kadarnya tidak selaras.

Kembali ke atas