ocean ridge | permatang lautan | Sains Marin | Tiada | Permatang gunung bawah laut yang selanjar melalui Lautan Atlantik Utara dan Selatan serta Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Selatan yang aktif volkanik dan dijana oleh aktiviti plat tektonik. Permatang lautan jenis ini dicirikan oleh pemisahan dasar lautan. |
Vietkong | Vietkong | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan komunis dari Vietnam Utara yang dibentuk pada tahun 1960. Gerakan ini bertujuan untuk menentang Vietnam Selatan dan tentera Amerika Syarikat bagi membentuk Komunis Vietnam pada zaman perang Vietnam tahun 1954-1975. Gelaran Vietkong diberi oleh penduduk Vietnam Selatan kepada gerakan komunis ini. |
Global South | Selatan Global | Sains Politik | Tiada | Tiada |
sea channel | terusan laut | Sains Marin | Tiada | Lekukan panjang, sempit, berbentuk U atau V dan cetek di lantai laut yang biasanya terdapat di dataran landai di dasar laut. Contohnya, terusan laut yang memisahkan selatan England dari utara Perancis dan menghubungkan bahagian selatan Laut Utara ke Lautan Atlantik. Kawasan ini merupakan kawasan laluan kapal yang sibuk. Terusan laut dikenali juga sebagai ngarai tengah laut. |
anga | anga | Muzik | Tiada | Subbahagian tertentu dalam tola, iaitu pusingan masa dalam muzik klasik India Selatan(Kamatak). Terdapat tiga jenis anga dalam sesuatu tala, iaitu anudruta, druta dan laghu. Anudruta terdiri daripada satu bit atau akshara, druta dua bit dan laghu tiga, empat, lima, tujuh atau sembilan bit. |
magnet | magnet | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahan ferus yang mempunyai kutur utara (U) dan kutub selatan (S), yang mempunyai sifat menarik bahan ferus lain. |
Echinodorus sp. | Echinodorus sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang berasal dari Amerika Selatan. Echinodorus sp. kebiasaannya tumbuh di kawasan paya. Tangkai daun dan bunga Echinodorus sp. tumbuh dari bahagian tuber atau akar. Daunnya pula bersaiz lebar dan berbentuk bulat atau bujur. Setiap tangkai bunganya mempunyai kelompok-kelompok bunga berwarna putih. Echinodorus sp. juga dikenali sebagai orkid air yang sering digunakan untuk menghias akuarium. Antara jenis Ecinodorus sp. ialah Echinodorus angustifolius, Echinodorus amazonicus, Echinodorus argentinensis, Echinodorus berteroi dan Echinodorus bleheri. |
menora | menora | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan teater tarian rakyat yang menggunakan unsur-unsur tari, muzik dan ucapan. Pada suatu ketika dahulu, menora merupakan teater popular di selatan Thailand. Menora mempersembahkan cerita-cerita Buddhist Jataka, cerita dongeng dan mitos. Antara cerita tempatan yang dipersembahkan ialah Peak Prod � Pahlawan Kedah, Lakanawong �Pahlawan Thai, Chau tha Kirruk � isteri curang, Sinrad � tentang seorang suami yang mencari isterinya yang telah dilarikan oleh raksasa, Chaychid � putera remaja, perkelahian dan pembunuhan di antara isteri-isterinya, Darawong � cerita cinta, Chaukrey � cerita seorang Puteri Manora, dan Khrubuk � cerita Pahlawan Thai. Persembahan menora hampir sama seperti makyung, iaitu mengabungkan unsur-unsur dialog, muzik dan tari. Kumpulan muziknya mengandungi alat-alat pi (serunai), klong (sebiji geduk), tharp (sepasang gedombak), mong, cing dan cerek. Gerak tari merangkumi 12 peringkat abjad tari yang ditunjukkan dalam persembahan pembukaan Sembah Guru � Wai kru. Antara lain gerak tari mengiringi nyanyian pada akhir setiap adegan atau pada permulaan adegan apabila watak memperkenalkan dirinya. Watak utama dalam menora ialah: (a) Watak kayangan seperti dewa, gergawi, raksasa, kinaree. (b) Watak kaum kerabat diraja seperti raja, permaisuri, putera dan puteri. (c) Peran atau pelawak. (d) Orang biasa seperti dayang dan orang kampung. Struktur persembahan menora merangkumi empat bahagian, iaitu: (a) Wai kru � sembah guru. (b) Wrai na tret � tarian dan nyanyian. (c) Leukamprat pleng ton � watak utama menyembah gendang. (d) Cabbot � cerita. Asal usul menora masih lagi kabur dalam mitos dan dongeng. Menora dibawa masuk dari selatan Thailand ke Kelantan yang dahulunya merupakan jajahan Negara Thai. Pada tahun 1950, menora dipentaskan di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk meraikan perayaan hari Wesak (hari kelahiran Buddha), Hari Thambun (upacara berhala), upacara menandakan kesyukuran dan sebagai persembahan komersial. Menora dikenali sebagai nora. Lihat juga makyung. |
Lilaeopsis sp. | Lilaeopsis sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang hidup di tebing sungai atau dalam air. Lilaeopsis sp. berasal dari Amerika Selatan, Australia dan New Zealand. Tumbuh-tumbuhan ini kelihatan seperti rumput yang bersaiz 3 – 6 cm panjang serta mempunyai hujung daun yang tajam. Antara Lilaeopsis sp. yang popular dijadikan tumbuhan akuarium ialah Lilaeopsis brasiliensis. |
anubias | anubias | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan timbul yang tumbuh di celah-celah batu dan tunggul kayu di kawasan air terjun. Anubias yang berasal dari Amerika Selatan ini sering digunakan untuk menghias akuarium. Jenis-jenis anubias termasuklah Anubias afzelii, Anubias barteri var. angustifolia dan Anubias barteri var. barteri. |