crochet lace | renda krusye | Kesenian | Tiada | Renda yang dihasilkan melalui gelungan selembar benang dengan menggunakan jarum krusye. |
core | teras | Teknik | Elektrik | 1. Pengalir yang dikelilingi penebat kabel, tidak termasuk sarung kabel. Satu teras mungkin mengandungi selembar pengalir atau beberapa lembar pengalir. Sinonim ekapengalir. 2. Jisim yang menjadi tempat belitan elektromagnet. Teras ini mungkin pepejal atau udara. 3. Jasad logam dalam mesin elektrik tempat gegelung dibelitkan. 4. Seberkas lapisan besi tempat belitan sekunder dan utama pengubah dililitkan. |
brochure | brosur | Komunikasi | Korporat | Buku kecil atau risah yang mengandungi maklumat tentang organisasi atau sesuatu acara penting yang danjurkan. Brosur boleh berbentuk buku kecil, selembar kertas, atau kad yang berlipat. Bentuk lipatan adalah pelbagai, sama ada berlipat dua, berlipat tiga, lipatan pintu, atau lipatan bentuk Z. Reka bentuk dari segi imej visual dan warnya banyak bergantung pada kedudukan kewangan organisasi dan bersesuaian dengan acara serta khalayak. Jumlah cetakan biasanya banyak dan mudah diedarkan melalui pos atau diselit dalam katalog atau selongsong maklumat. |
buttonhole stitch bar | jahit palang lubang butang | Kesenian | Tiada | Jahitan yang digunakan pada sulam tebuk. Ia menggunakan jahit lubang butang pada palang benang sama ada selembar atau dua untuk memberi kesan timbul. |
double buttonhole stitch bar | jahit palang lubang butang dubel | Kesenian | Tiada | Jahitan yang digunakan pada sulam tebuk. Ia menggunakan jahit lubang butang pada palang benang sama ada selembar atau dua untuk memberi kesan timbul. |
cable core | teras kabel | Teknik | Elektrik | Bahagian pengalir di dalam kabel yang dibalut dengan penebat. Teras kabel mempunyai satu teras atau lebih, dan setiap teras mungkin mempunyai selembar atau beberapa lembar pengalir. |