Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : (selésa) 1. tidak sempit, lega, luas: ketika mencari tempat berdiri yg lebih ~, dia ter­pijak kaki seorang anak kecil; 2. kesempatan, peluang; 3. (berasa) enak, sedap, senang: jika kita berdiri beberapa lama, kita berasa tidak ~; pakaian itu sungguh tidak ~ bagi Si Tenggang; menyelesakan menjadikan selesa (enak, sedap); keselesaan perihal selesa, keadaan (rasa dsb) selesa; ketidakselesaan keadaan tidak selesa: Puan Sariah memaklumi ibunya tentang ~ di asrama itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lé.sa] | سليسا

Definisi : /selésa/ 1 tidak sempit (bkn tempat); luas; lega. 2 enak atau puas ketika duduk dll; sedap: Saya berasa ~ duduk di kerusi ini. menyelesakan membuat atau menjadikan selesa: Suasana di situ ~ kami. keselesaan keadaan atau rasa selesa: Kami amat mementingkan ~ pelanggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selesa (adjektif)
1. Bersinonim dengan luas: lega, tenggar, lebar, besar, lapang, lengang, lasar, banglas,
Berantonim dengan sempit

2. Bersinonim dengan kesempatan: peluang, kelapangan, can, tempoh, cerlak, kelonggaran, masa, waktu terluang,

3. Bersinonim dengan sedap: menyenangkan, enak, segar, seronok, nyaman, nikmat, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan sesak

Kata Terbitan : menyelesakan, keselesaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
most comfortable loudnesslantang paling selesaSains KesihatanTiadaJulat keamatan bunyi, biasanya bunyi vokal, yang selesa didengar oleh seseorang pendengar.
comfort foodmakanan selesaMakanan dan PemakananTiadaJenis makanan yang memiliki daya tarik yang khusus dan boleh memberi nilai sentimental kepada seseorang apabila memakannya seperti makanan manis atau makanan yang dimakan sewaktu kecil.
Letter of ComfortSurat SelesaAuditTiadaTiada
Letter of ComfortSurat SelesaAuditTiadaTiada
loudness discomfort leveltahap lantang - tak selesaSains KesihatanTiadaAras kelantangan yang menyebabkan ketidakselesaan individu.
loungewearpakaian santaiFesyenTiadaSejenis pakaian kasual dan selesa yang sesuai dipakai untuk berehat dan berbaring di rumah.
athleisurepakaian sukan santaiSukanTiadaPakaian kasual dan selesa yang direka agar sesuai untuk senaman dan harian.
password fatiguelesu kata laluanUmumTiadaPerasaan tidak selesa yang dialami oleh seseorang apabila perlu mengingati banyak kata laluan.
auditory learnerpelajar auditoriTeknologi Maklumate-PembelajaranPelajar yang selesa dengan kaedah pengajaran melalui pendengaran dan percakapan seperti membaca dengan kuat, mendengar rakaman suara, mendengar syarahan atau kuliah, mendengar muzik dan lain-lain. Banding pelajar kinestatik, pelajar visual.
kinesthetic learnerpelajar kinestetikTeknologi Maklumate-PembelajaranPelajar yang selesa dengan kaedah pengajaran melalui sentuhan dan gerakan diri sendiri seperti menggerakkan badan, membuat aktiviti fizikal, membuat amali, menggunakan pen penyerlah berwarna, melukis gambar dan mencoret. Banding pelajar visual, pelajar auditori.
123

Kembali ke atas