Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ® selang-seli. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
seli
Kata Terbitan : selang-seli,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
alternating copolymerkopolimer selang-seliKimiaTiadaTiada
alternating copolymerkopolimer selang-seliKejuruteraanTiadaTiada
alternating cover testujian katup selang-seliSains KesihatanTiadaUjian katup yang dilakukan pada satu mata secara berulang-ulang.
battery elementunsur bateriKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKumpulan plat positif dan negatif yang disusun berselang-seli oleh pemisah untuk membentuk satu sel bateri.
choruskorusMuzikTiada2.Baris ulang dalam sebuah lagu stropik. Kedua-dua muzik dan lirik puisi dalam korus diulangi berselang-seli dengan stanza yang sering.
Mayaca sp.Mayaca sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan herba dalam kategori tumbuhan timbul. Mayaca sp. mempunyai batang yang rapuh dengan ketebalan 0.1 cm. Tumbuh-tumbuhan ini berdaun nipis dan bersusun secara berselang seli. Daun yang berada di dalam air berwarna hijau kekuningan dengan kepanjangan 0.8 – 1.2 cm dan selebar 0.1 cm. Antara jenis Mayaca sp. ialah Mayaca fluviatilis dan Mayaca sellowiana.
choruskorusKesusasteraanTiadaSekumpulan pelakon yang bertindak sebagai pencerita dan pengulas atau watak yang menyanyi, menari, berdikir dan berdialog dalam drama dan teater. Korus berasal daripada teater Yunani, dan terdapat dalam drama Aeschylus dan Sophocles. Biasanya, ahli korus berjumlah antara 12 ? 13 orang. Korus juga digunakan di Rom seperti yang ditemui dalam drama Seneca. Dalam teater tradisional tempatan seperti makyung, korus dikenali sebagai jong dong dang dan dianggotai antara 8 ? 10 orang. Dari aspek muzik, korus merujuk kepada sekumpulan penyanyi. Sebilangan lagu dinyanyikan secara berselang-seli oleh korus dan penyanyi solo, terutamanya dalam makyung, hadrah dan rodat. Sesetengah lagu asli menggunakan korus sebagai penegasan atau not balas kepada penyanyi solo tersebut.
main puterimain puteriKesusasteraanTiadaUpacara pengubatan tradisional yang menggunakan muzik, cerita dan nyanyian makyung. Upacara ini bertujuan untuk menyemah semangat yang mengganggu ketenteraman dan imbangan angin si pesakit, selalunya pesakit jiwa. Main puteri dijalankan sebagai sebuah persembahan, iaitu terdapatnya pemain dan penonton. Peranan utama dipegang oleh tok Minduk, pemain rebab dan Tok Puteri, bomoh dan si pesakit. Alat-alat muzik yang mengiringi upacara ini terdiri daripada sebuah rebab, sepasang gendang dan sepasang gong. Tok Puteri memulakan upacara dengan membaca mantera sajian kepada untuk menyemah semangat si pesakit. Sebelum menilik, dia akan melakukan upacara �menurun�. Ketika itu, Tok Puteri akan dirasuk oleh semangat tertentu dan seterusnya akan berlaku soal jawab antara Tok Minduk dengan Tok Puteri untuk menentukan semangat yang bertanggungjawab terhadap keadaan si pesakit. Pemilikan akan diselang seli dengan gerak tari dan silat oleh Tok Puteri yang dirasuk semangat yang dijemput. Semangat yang dikenali sebagai Hanuman, Jin Selakah tunggal, Bota dan semangat itu tidak bertanggungjawab, semangat tersebut akan dilepaskan. Proses ini berlaku sehingga semangat berkenaan dikenal pasti. Kemudian Tok Minduk akan melakukan proses tawar-menawar dengan semangat ini untuk memintanya meninggalkan tubuh badan si pesakit. Selepas mendapat persetujuan, semangat berkenaan pun keluar dan si pesakit akan pulih. Seterusnya, si pesakit akan bergerak dan menari yang menandakan bahawa dia telah pulih. Proses pengubatan tradisional main puteri masih lagi diamalkan di Kelantan. Antara tokoh main puteri yang tersohor ialah Bakar Daud (Bachok), Tok Minduk awang Omar (Tumpat) dan Pak Mat tok Teri (Gunung).

Kembali ke atas