selok (Ib.) | selok (Ib.) | Kesenian | Tiada | Bakul selempang daripada buluh atau rotan yang berbentuk silinder, beranyam rapat, bermulut bulat, bertapak bucu empat, dan digunakan untuk keperluan harian atau upacara tertentu. Manakala anyaman tanpa corak digunakan untuk membawa benih padi. |
diplimatic intricacy | selok-belok diplomatik | Sejarah | Tiada | Hal yang berkaitan dengan selok-belok urusan diplomatik antara dua negara. |
textology | tekstologi | Kesusasteraan | Tiada | Ilmu yang mempelajari selok-belok teks, seperti sejarah teks, usia kertas, bentuk tulisan, pengarang, pentarikhan dan lain-lain. |
kaki kak (Ib) | kaki kak (Ib) | Kesenian | Tiada | Ikatan penghubung dan pengukuh bingkai yang berbentuk tapak gagak yang menghubungkan mulut bakul dengan bingkai lazimnya pada bakul selok, sintong dan ingen. |
ikat kak (Ib.) | ikat kak (Ib.) | Kesenian | Tiada | Ikatan penghubng dan pengukuh bingkai yang berbentuk tapak gagak yang menghubungkan mulut bakul dengan bingkai, lazimnya pada bakul selok, sintong dan ingen. |
ikat kaki gagak | ikat kaki gagak | Kesenian | Tiada | Ikatan penghubung dan pengukuh bingkai yang berbentuk tapak gagak yang menghubungkan mulut bakul dengan bingkai, lazimnya pada bakul selok, sintong dan ingen. Sinonim abak entang. |
implementing agency | agensi pelaksana | Pentadbiran | Tiada | Badan yang ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu projek sehingga matlamat tercapai. Agensi pelaksana terdiri daripada syarikat, jabatan kerajaan, kementerian, atau pertubuhan antarabangsa. Agensi ini biasanya merupakan badan profesional yang mengetahui selok belok projek yang ingin dilaksanakan. Contohnya, PLUS dalam usaha membina lebuh raya baru, Petronas mencari gali minyak atau UDA membangunkan sebuah bandar baharu. |
negotiation skills | kemahiran perundingan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kebolehan dan kecekapan memanfaatkan sebarang perbincangan atau tawar menawar. Kemahiran ini memberikan keuntungan untuk kepentingan dirinya sendiri, individu yang lain atau organisasi yang diwakilinya. Perunding yang cekap akan melahirkan tuntutan yang berkesan dan dalam masa yang sama bijak melindungi kepentingan diri atau organisasi yang diwakilinya. Kemahiran ini sangat penting dimiliki oleh seorang diplomat, jurujual, jururunding, pentadbir dan pemimpin politik. Kelemahan dalam selok-belok perundingan ini boleh menyebabkan kerugian. |