Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kain dll utk menutup badan (kepala dll), kelubung: sangka mereka anak-nya itu sudah tidur tetapi Salim dr dlm ~nya mendengar perbualan mereka; 2. sesuatu yg digunakan sbg penutup, pem­bungkus, pembalut; ~ air (Kej) air penyejuk yg mengisi ruang di sekeliling silinder enjin; berselubung memakai selubung, berselimut, bertudung (bertutup) litup: maka diambilnya kain lalu ~ ia pd tempat tidur itu; seorang perempuan muda yg ~ kain Bugis ungu halus dr kepala sampai ke lututnya; menyelubung, menyelubungi 1. menu­tup (menudung) litup dgn selubung dll, memberi berselubung: dia menyelubungi kepalanya dgn kain selimutnya; 2. membungkusi, membaluti: badan tikus belanda diselubungi oleh rambut atau bulu; 3. ki menutupi se-suatu (kejahatan dll), menyelimuti: mukanya yg manis itu ~ hatinya yg jahat; 4. ki menyelaputi, melitupi: ketika itu alam sedang diselubungi cuaca gelap-gelita; kebingung-an yg ~ pemikiran orang ramai; menyelubungkan menutupkan (menu­dung­-kan) menyelimutkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kain utk menutup kepala atau badan; kelubung. berselubung memakai selubung; berkelubung. me­­nyelubung menutup sesuatu dgn selubung: Dia ~ anaknya dgn kain pe­lekat. menyelubungi 1 menjadi sbg selubung pd: Sehelai kain pelikat ~ kepala anaknya. 2 ki menjadikan sesuatu kejahatan dll tidak diketahui orang: Keramahannya itu hanya utk ~ maksudnya yg buruk. menyelubung­kan menggunakan sesuatu sbg se­lu­bung: Dia ~ kain itu pd kepalanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fan shroudselubung kipasKejuruteraan AutomotifEnjinPerumah plastik atau logam yang menutup dan melindungi kipas enjin. Perumah ini membolehkan kipas enjin menarik udara melalui celah sirip radiator dengan lebih efisien dan menghalang berlakunya kitaran semula udara. Selubung kipas dilekatkan terus pada bahagian belakang radiator dan biasanya berbentuk segi empat di bahagian radiator dan bulat di bahagian kipas enjin.
shroudselubungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKepingan melengkung yang dipasang mengelilingi kipas enjin, untuk menambah prestasi edaran udara yang melalui penyinar sistem penyejuk enjin.
fan shroudselubung kipasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenutup yang diletakkan di sekeliling kipas untuk membaiki edaran udara yang mengalir menerusi penyinar.
heated-air systemsistem udara panasKejuruteraan AutomotifEnjinSistem kawalan haba dalam lingkaran pencuci udara yang mengekalkan suhu udara masukan, melalui campuran udara sekitaran dengan udara panas dari selubung pada pancarongga ekzos.

Kembali ke atas