Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.lu.ruh] | سلوروه

Definisi : segenap, seantero, semuanya (di­anggap satu): Mahkamah Tertinggi telah ditubuhkan utk mentadbirkan keadilan di ~ Persekutuan; ~ perhatian mestilah diberikan kpd per-cakapan itu; menyeluruh 1. merebak atau meluas (ke seluruh, ke serata tempat, dll): pengaruh pakaian batik di luar negeri belumlah begitu ~ lagi; 2. meliputi atau merangkumi semua aspek (perkara dll): satu sistem yg ~ utk menyampaikan maklumat; menyeluruhi meliputi seluruhnya, meratai: pandangannya ~ ruang bilik darjah itu; keseluruhan 1. perihal semuanya (seluruh-nya): baca rencana itu berkali-kali dan faham-kan maksud ~nya; 2. kesatuan, keseutuhan: masing-masing tidak dapat berdiri sendiri, me-lainkan harus merupakan suatu ~; pd ~ nya pd umumnya, amnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.lu.ruh] | سلوروه

Definisi : semuanya sekali dikira satu; segenap: ~ dunia. menyeluruh me­liputi atau mengenai semuanya sekali; terdapat di mana-mana; meluas: Hawar penyakit taun yg diberitakan itu tidaklah ~. keseluruhan hal seluruhnya (se­muanya): Fahami maksud ~ karangan ini dan jawab soalan-soalan yg berikut. pd ~nya pd umumnya (amnya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seluruh (kata tugas)
Bersinonim dengan segala, sekalian, seluruh, semua, sarwa, para, segenap, serbi, semesta, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;,
Kata Terbitan : menyeluruh, menyeluruhi, keseluruhan,

Puisi
 

Sayang Temasik tempat berniaga,
     Masyhur sudah ke seluruh dunia;
Tuan emas hamba tembaga,
     Manakan boleh duduk bersama.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
whole-of-society effortusaha menyeluruh masyarakatUmumTiadaUsaha mengoptimumkan seluruh tenaga kerja kesihatan dan peranan barisan hadapan yang bertindak di lapangan serta peranan seluruh rakyat Malaysia yang turut sama membantu memutuskan rantaian COVID-19.
entire life-cycleseluruh kitar hayatTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauGambaran keseluruhan berkaitan dengan semua peringkat hayat produk, iaitu pengekstrakan bahan mentah, pemprosesan bahan, pengilangan, pengagihan, penggunaan, pembaikpulihan, penyelenggaraan dan pelupusan atau pengitaran semula.
whole-genome duplicationpenduaan seluruh genomBioinformatikBioinformatik Molekul-
whole-genome sequencingpenjujukan seluruh genomBioinformatikBioinformatik Molekul-
pair-wise whole-genome alignmentpenjajaran pasangan seluruh genomBioinformatikBioinformatik MolekulProses perbandingan antara dua genom untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan di antara pasangan genom tersebut dari segi jujukan molekul, lokasi gen dan lain-lain.
proteomeproteomBioinformatikBioinformatik MolekulSet seluruh protein yang terdapat di dalam organisma.
colpoptosiskolpoptosisHerbaFitoterapiPenyesaran atau penonjolan sebahagian atau seluruh struktur vagina.
Facebook posthantaran FacebookKomunikasi MassaTiadaMesej yang disiarkan kepada seluruh khalayak pengguna Facebook atau pada halaman profil individu tertentu.
all-over designreka bentuk penuhKesenianHiasan DalamanReka bentuk yang meliputi seluruh bahagian ruang. Bahan- bahan kemasan yang memenuhi ruang adalah sama, tanpa menampilkan sebarang hiasan yang berlainan atau terlalu menonjol.
urban environmentpersekitaran bandarPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKeadaan alam sekitar di seluruh bandar atau bandar raya.
123456

Kembali ke atas