Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seluruh (kata tugas)
Bersinonim dengan segala, sekalian, seluruh, semua, sarwa, para, segenap, serbi, semesta, sekotah, setiap, tiap-tiap, seantero, serata, sekujur, seberhana;,
Kata Terbitan : menyeluruh, menyeluruhi, keseluruhan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
popular electionpilihan raya awamSejarahTiadaPilihan raya umum yang melibatkan seluruh rakyat tanpa mengira pangkat atau keturunan yang berhak mengundi menentukan bentuk pemerintahan yang dipilih.
community libraryperpustakaan rakyatPerpustakaanTiadaPerpustakaan cawangan yang mungkin juga memberi perkhidmatan pusat atau bergerak yang berfungsi memberi nasihat dan maklumat tempatan kepada seluruh komuniti dan juga menawarkan stok buku kepada pembaca-pembaca.
tambourinetamburinMuzikTiada

Alat muzik tradisional dan moden yang diklasinkasikan se­bagai membranofon jenis dram, dan idiofon jenis yang digoncang. Tamburin dimainkan dalam tradisi muzik klasik dan tradisi muzik rakyat di seluruh dunia. Baluhnya mem­punyai bingkai sempit dan diperbuat daripada kayu dengan beberapa piring logam kecil yang disisipkan antara bahagian bingkai tersebut. Terdapat dua jenis tamburin, iaitu (i) jenis dram membranofon yang mempunyai satu muka kulit. Muka kulit dipasang pada bingkai dengan paku logam. Tamburin dipegang secara menegak dengan sebelah tangan dan bing­kai atau muka kulitnya dipukul dengan tangan. Piring logam tersebut akan menghasilkan bunyi apabila dipukul. (ii) jenis idiofon yang digoncang. Tamburin ini berbingkai sempit dan piring logam dipasang pada bingkai tersebut. Alat muz

tabltablMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Badannya diperbuat daripada kayu dan berbentuk silinder. Tabl mempunyai dua muka kulit yang dipukul dengan pemukul kayu. Alat muzik yang terdapat di seluruh Timur Tengah dan Afrika Utara ini menghasilkan rentak dalam muzik rakyat dan klasik. Tabl juga dikenali sebagai tebl.

sulingsulingMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis flut. Suling biasanya diperbuat daripada buluh dan mem­punyai beberapa lubang jari. Alat muzik ini terdapat di seluruh Asia Tenggara dan dimainkan dalam tradisi muzik rakyat. Suling terdapat dalam pelbagai saiz dan jenis, iaitu (i) flut yang ditiup pada sisi melalui udara daripada mulut. Suling ini dikenali juga sebagai seruling oleh berbagai-bagai kaum di Sarawak. Dalam kalangan suku kaum Jah Hut di Semenanjung Malaysia, suling ini dikenali sebagai siloy dan begut, (ii) flut yang ditiup pada pangkal melalui udara daripada

chirographic culturebudaya kirografikKesusasteraanTiadaBudaya masyarakat yang berasaskan tulisan tangan atau budaya manuskrip. Budaya ini melambangkan tamadun baharu dalam budaya hidup manusia yang tidak lagi bergantung pada budaya lisan sepenuhnya. Sistem perhubungan, penyebaran maklumat, dan ilmu pengetahuan tidak lagi terhad kepada kaedah lisan tetapi ditulis tangan dalam bentuk bahan bacaan. Budaya kirografik melahirkan masyarakat yang celik huruf, yakni boleh membaca dan menulis. Budaya kirografik wujud dan berkembang di Tanah Melayu selepas kedatangan agama Islam. Islam telah memperkenalkan sistem tulisan Arab kepada orang Melayu yang akhirnya menjadi asas pembentukan sistem tulisan Jawi. Kesannya dapat dilihat dengan kelahiran ramai pengarang karya sastera dan kitab Melayu khususnya dalam kalangan masyarakat istana di seluruh Tanah Melayu. Kitab agama tidak lagi disampaikan secara lisan tetapi ditulis dalam bentuk buku. Demikian juga sastera rakyat, tidak hanya dituturkan secara lisan, tetapi ditulis dan dibaca dalam bentuk buku manuskrip Jawi. Pengenalan

Kembali ke atas