Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.ma.kan]/[sé.ma/.kan] | سيمقن

Definisi : catatan (angka, kependekan, dll) utk dirujuk, rujukan: sampul surat yg me-ngandungi permohonan hendaklah ditanda dgn nombor ~ jawatan yg tertentu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sé.ma.kan]/[sé.ma/.kan] | سيمقن

Definisi : hasil menyemak: Tindakan diambil berdasarkan ~ yg dibuat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semak2
Kata Terbitan : menyemak, semakan, penyemakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rent reviewsemakan sewaPenilaian Harta TanahTiadaTiada
irregular rent reviewsemakan tak menentuPenilaian Harta TanahTiadaTiada
job scampenipuan pekerjaanUndang-undangTiadaPerbuatan menipu oleh individu yang menyamar sebagai majikan atau perekrut, yang menawarkan peluang pekerjaan yang menarik, yang memerlukan pencari kerja membayar sedikit wang terlebih dahulu untuk visa kerja, perbelanjaan perjalanan atau semakan kredit yang diperlukan untuk pekerjaan itu.
polycentrismpolisentrismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman komunis yang telah berpecah kepada beberapa aliran selepas berlangsungnya Kongres Kebangsaan Parti Komunis Soviet Union pada tahun l956. Walaupun semua ideologi ini disebut sebagai komunis namun terdapat pelbagai variasi kesan daripada penyesuaian atau semakan semula oleh golongan revisionis. Fahaman ini dipopularkan oleh P. Togliatti seorang pemimpin komunis Itali. Contohnya, perpecahan versi komunis Yugoslavia dan China daripada Soviet Union walaupun berpegang kepada ideologi komunis.
tyrannykezalimanSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk pemerintahan yang tidak menurut garis peraturan sama ada perlembagaan, undang-undang atau adat yang telah diterima. Pemerintahan jenis ini dikategorikan sebagai kejam dan dilakukan oleh pemerintah yang memiliki kuasa mutlak. Dalam pemerintahan ini, mahkamah dan dewan legislatif tidak berfungsi serta gagal memberi semakan dan imbangan kepada pemerintah. Contohnya, Iran di bawah Shah Iran Pahlavi dan Stalin di Soviet Union. Sinonim tirani.
Poll booksenarai pengundiSains PolitikPolitik PerbandinganSenarai daftar pengundi yang menyimpan butiran lengkap mengenai semua pengundi yang layak bagi sesuatu kawasan. Senarai ini disediakan oleh badan yang menguruskan pilihan raya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Malaysia. Kebiasaannya senarai ini dibahagikan menurut kawasan pilihan raya sama ada di peringkat negeri untuk dewan undangan negeri atau peringkat parlimen. Individu yang tersenarai dalam kertas ini layak mengundi di kawasan tersebut. Contohnya, senarai pengundi yang dipamerkan oleh SPR di tempat awam untuk semakan sebelum pilihan raya diadakan.

Kembali ke atas