dying | nazak | Kejururawatan | Tiada | Perihal saat akhir hayat seseorang yang ditandai oleh tekanan darah semakin menurun, denyut nadi semakin lemah, dan pernafasan semakin cetek. |
progressive tax | cukai progresif | Ekonomi | Tiada | Cukai yang kadar puratanya, iaitu jumlah cukai per jumlah pendapatan, semakin tinggi apabila semakin tinggi pendapatan seseorang. Cukai progresif bertujuan supaya beban cukai lebih ditanggungi oleh golongan berpendapatan tinggi. Sinonim cukai pendapatan progresif. |
regressive tax | cukai regresif | Ekonomi | Tiada | Cukai yang kadar puratanya, iaitu jumlah cukai per jumlah pendapatan, semakin rendah apabila semakin tinggi pendapatan seseorang. Misalnya, golongan berpendapatan rendah membayar cukai jualan pada kadar yang sama seperti golongan berpendapatan tinggi apabila membeli sesuatu barang. |
aspect ratio | nisbah bidang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Nisbah antara tinggi tayar dengan lebar tayar. Nombor yang semakin rendah menunjukkan tayar semakin lebar. |
plate number | nombor plat | Kimia | Kimia Analisis | Angka teori yang digunakan untuk menilai kecekapan turus kromatografi sebagai alat pemisah. Semakin besar nombor ini, semakin cekap turus. |
piston slap | tamparan omboh | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Hentaman kambi omboh ke dinding silinder yang bunyi hingar. Kekuatan hentaman ini bergantung pada kelegaan menghasilkan kambi omboh dengan dinding silinder. Semakin besar kelegaan ini, semakin kuat tamparan omboh dan menyebabkan enjin menjadi lebih hingar. |
nanotechnology | nanoteknologi | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Cabang sains yang memberikan tumpuan kepada jirim bersaiz antara 1 hingga 100 nanometer. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah semakin menjadi kecil objek, semakin besar nisbah antara luas permukaan dengan isi padu. |
proletarianization | pemproletarian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses menjadikan seorang buruh semakin miskin dan rendah dalam kedudukan kelas masyarakat kapitalis. Proses ini melihat golongan kapitalis atau borjuis mengambil keuntungan yang lebih besar secara berterusan dengan mengurangkan kos pengeluaran melalui pemberian upah buruh yang semakin kecil. Pengurangan upah yang berterusan ini akan mengakibatkan pekerja biasa turut termasuk dalam kelas proletar sehingga menjadikan kedudukannya sebagai proletar yang semakin miskin. Keadaan ini menjelaskan sifat ekstrem kapitalisme seperti yang diperkenalkan oleh Karl Marx dalam teori kelas beliau yang menyatakan bahawa orang kaya menjadi lebih kaya manakala orang miskin menjadi semakin miskin. |
angle of attack | sudut tumpu | Sains Sukan | Biomekanik | Sudut di antara paksi jasad dengan arah pengaliran udara atau bendalir. Sudut ini berperanan untuk menentukan daya angkatan yang dihasilkan oleh jasad. Hal ini bermakna semakin besar sudut, semakin tinggi daya angkatannya. |
political decay | kebobrokan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan politik sesebuah negara yang menjadi semakin merosot kesan daripada sesuatu perkara, fenomena atau peristiwa seperti krisis ekonomi dan rampasan kuasa. Kebobrokan menggambarkan keadaan yang berubah menjadi semakin kacau tidak stabil, memberi kesan kepada kemelesetan ekonomi dan kemudiannya melahirkan ketidakpuasan hati masyarakat. Kedudukan hak dan tanggungjawab orang ramai tidak terpelihara dan kedudukan pemimpin tidak diperhatikan sehingga amalan penyalahgunaan kuasa menjadi semakin tinggi. Contohnya, kedudukan politik Indonesia pasca-Soeharto memperlihatkan kebobrokan politik untuk beberapa tahun. |