Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.lu] | سمالو

Definisi : sj pokok renek yg bunganya kecil, berwarna merah jambu, kuning dsb dan berbau harum, puteri malu, Mimosa pudica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ma.lu] | سمالو

Definisi : nama sj pokok renek berduri yg daunnya menguncup apabila disentuh, Mimosa pudica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semalu

Peribahasa

Serangkap bak lembing,
     serumpun bak serai.

Bermaksud :

Seia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
soporificsoporifikHerbaPemiawaianEkstrak herba yang menghasilkan kesan mengantuk. Contohnya, ekstrak daun semalu (Mimosa pudica) dan daun saderi (Apium graveolens) akan menyebabkan mengantuk sekiranya diambil secara berlebihan.
antiprogesteroneantiprogesteronHerbaPemiawaianSifat agen yang menghalang atau mengurangkan pembentukan hormon progestron dalam darah. Contohnya, ekstrak akar semalu (Mimosa pudica) yang bersifat antiprogesteron.

Kembali ke atas