genetic drift | hanyutan genetik | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kehilangan alel daripada sesuatu populasi secara kebetulan dari semasa ke semasa. Hanyutan genetik boleh berlaku tanpa mengira keputusan pemilihan untuk pembiakan. Haiwan yang dipilih tidak semua dapat melahirkan anak atau mungkin mati atau sesetengahnya tidak pernah dikawankan. Contoh, pemilik anjing dan kuda unggul tidak berminat untuk membiakkan haiwan mereka. |
prognosis | prognosis | Perikanan | Akuakultur | Peramalan untuk menentukan jenis penyakit, tanda dan gejala penyakit akan bertambah baik/buruk atau tetap stabil dari semasa ke semasa, dan kemungkinan jangka hayat ikan tersebut. Prognosis dibuat berdasarkan pada situasi penyakit yang didiagnosis, keadaan fizikal ikan serta rawatan yang ada. |
chip | cip | Fizik | Nanoteknologi | Kepingan semikonduktor yang mengandungi padatan jutaan transistor saling terhubung antara satu sama dengan lain. Bilangan padatan transistor dalam suatu cip bertambah dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan teknologi. Pada tahun 2015, terdapat 7.1 bilion transistor dipadatkan dalam cip berkeluasan 678 mm2, dengan saiz satu transistor adalah 22 nm. Cip digunakan dalam komputer sebagai pemproses dan storan data. |
Poisons List | Senarai Racun | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Senarai bahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, Akta Racun 1952. Senarai Racun sentiasa dikemas kini mengikut keperluan dari semasa ke semasa. |
continuity of care | kesinambungan penjagaan | Perubatan | Tiada | Pengurusan kesihatan pesakit oleh pasukan penjagaan kesihatan yang diketuai oleh pakar perubatan secara berterusan untuk memastikan kualiti penjagaan dari semasa ke semasa. |
art ballad | balada seni | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romanentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romatis dan memntang penjajahan Sepanyol.ceritaannya dari semasa ke semasa. . attis dan memperlihatkan ciri penciptaan seni yang tinggi, sama ada dari segi kekuatan isi mahupun nilai kehalusan sastera. Umumnya, pengarang balada seni terdiri daripada seniman yang terkenal dan ternama serta memiliki bakat kepengarangan yang tinggi. Dari segi struktur karya, balada seni memperlihatkan suatu pembaharuan daripada balada rakyat yang wujud dalam tradisi lisan. Penghasilan balada seni dibuat melalui penelitian yang mendalam terhadap corak rima dan stanza yang baharu berbanding dengan balada rakyat. Unsur ketinggian seni dalam balada seni dapat dikesan dari segi pemilihan bahasa yang kaya dengan nilai estetik, di samping kekuatan dari segi isi, teknik dan sebagainya. Balada ini dikenali juga sebagai balada sastera. |
evidence of age | bukti umur | insurans | Tiada | Pembuktian umur sebenar yang diperlukan apabila insured menuntut bayaran semasa polisi matang ataupun semasa permohonan perlindungan dibuat. |
diesel cycle | kitar diesel | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Prinsip kerja yang digunakan dalam operasi enjin diesel empat lejang. Kitar ini bermula dengan udara disedut semasa lejang pengambilan dan dimampatkan oleh pergerakan omboh semasa lejang mampatan ke takat terakhir atas. Semasa proses mampatan, udara mengalami kenaikan suhu dan tekanan. Sebelum lejang mampatan berakhir, bahan api disuntik ke dalam kebuk pembakaran. Proses mampatan seterusnya akan menaikkan lagi suhu campuran udara-bahan api sehingga melepasi titik kilat bahan api tersebut. Akibatnya, campuran ini tercucuh dengan sendiri dan proses pembakaran berlaku sepenuhnya semasa lejang kuasa. Kitar ini menjadi lengkap dengan hasil p ditolak keluar semasa lejang ekzos. Banding kitar Otto. |
impurities | bendasing | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang terdapat dalam bahan atau kimpalan. Bendasing ini berpunca daripada pencemaran semasa proses pengeluaran ataupun semasa proses kimpalan di kilang atau di lapangan. |
current account deposit | deposit akaun semasa | Ekonomi | Tiada | Lihat simpanan semasa pelanggan bank. 2. Jumlah wang yang dimiliki oleh bank yang diperoleh dari pelanggan, sama ada diterima sebagai deposit atau dikreditkan ke dalam akaun mereka dalam bentuk faedah atau overdraf. Jumlah wang ini merupakan tuntutan oleh pelanggan dan oleh itu, ia merupakan liabiliti bank. |