Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ma.sa.ma.sa] | سماس-ماس

Definisi : sewaktu-waktu;; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata semasa-masa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
commercial audiencekhalayak komersialKomunikasiKorporatSekumpulan khalayak yang secara fizikalnya menonton televisyen atau mendengar radio semasa siaran komersial. Kumpulan khalayak ini dilihat sebagai khalayak komersial kerana mereka mendengar atau menonton siaran iklan, sebelum, semasa, atau selepas rancangan disiarkan. Khalayak komersial biasanya terbentuk pada tahap maksimum semasa masa perdana di stesen penyiaran. Contohnya, antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam. Nilai masa ini dijual lebih mahal berbanding nilai masa lain seperti selepas pukul 10.00 malam. Khalayak komersial biasanya mempunyai kuasa beli dan kuasa buat keputusan yang tinggi. Mereka biasanya terdiri daripada golongan ibu bapa, penjaga, atau kelompok individu yang mempunyai nilai kuasa beli yang tinggi.
operating timemasa operasiKejuruteraanTiadaJulat masa semasa alat dalam kendalian.
chronopotentiometrykronopotensiometriKimiaKimia AnalisisKaedah elektroanalisis berasaskan pengukuran kadar perubahan keupayaan elektrod mengikut masa semasa pentitratan dijalankan. Pada masa ini arus yang mengalir sentiasa tetap.
chronoamperometrykronoamperometriKimiaKimia AnalisisKaedah elektroanalisis berasaskan pengukuran kadar perubahan arus pada elektrod mengikut masa semasa pentitratan dijalankan. Pada masa ini keupayaan sentiasa tetap.
dirty floatapungan kotorEkonomiTiadaPentadbiran kadar pertukaran yang pada dasarnya membenarkan kadar pertukaran mata wang sesebuah negara terapung atau fleksibel, tetapi pada masa-masa tertentu kerajaan campur tangan untuk mengubah kadar pertukaran untuk mencapai matlamat tertentu. Sebuah negara dikatakan mengamalkan apungan kotor apabila kerajaan negara ini dari semasa ke semasa campur tangan dalam pasaran pertukaran bukan sekadar untuk mengatasi masalah turun naik kadar pertukaran dalam jangka pendek, tetapi untuk tujuan lain, misalnya untuk memastikan mata wang negara tersebut terkurang nilai bagi menggalakkan eksport. Lihat juga apungan terurus.
chronopotentiometrykronopotensiometriKimiaTiadaKaedah elektroanalisis berasaskan pengukuran kadar perubahan keupayaan elektrod mengikut masa semasa pentitratan dijalankan.
real timemasa nyataTeknologi MaklumatTiadaKonsep interaksi antara komputer yang dijalankan secara semerta atau langsung tanpa lengahan masa, sama ada semasa memproses data atau semasa berkomunikasi seperti semasa bersembang dalam talian.
extrapolated thickening timemasa pengerasan tertentu-luarKejuruteraanPetroleumMasa yang diperlukan oleh suatu buburan simen untuk mencapai kekonsistenan 100 Uc (unit kekonsistenan). Masa ini didapatkan dengan cara memperpanjang lengkung yang dirakam semasa ujian masa pengerasan yang mungkin dihentikan pada 70 Uc, dalam keadaan tertentu.
amortizationpelunasanAlam BinaTiadaProses membayar balik hutang dari semasa ke semasa mengikut kadar faedah dan jangka masa yang ditetapkan.
cardiac outputkeluaran jantungKejururawatanTiadaJumlah darah yang dipam keluar semasa kontraksi ventrikel dalam masa satu minit. Semasa rehat setiap kontraksi ventrikel kiri biasanya mengepam 70 ml darah. Jika nadi seseorang 70 kali per minit, maka keluaran kardiaknya ialah 4900 ml.
12345678910...

Kembali ke atas