deliberate practice | praktis kesengajaan | Sains Sukan | Biomekanik | Latihan yang dilakukan semata-mata untuk mempertingkatkan sesuatu aspek kemahiran motor yang khusus bagi memboleh-kan pencapaian prestasi motor berada pada tahap tertinggi. |
hedonistic tourism | pelancongan hedonistik | Pelancongan | Tiada | Aktiviti pelancongan yang berasaskan keseronokan semata-mata. |
poetic drama | drama puitis | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang ditulis dalam bentuk puisi semata-mata untuk dipentaskan. Drama ini ditemui dalam kebanyakan drama Shakespeare dan drama T.S.Eliot berjudul Murder in the Cathedral. Contoh dalam sastera Melayu ialah Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG dan Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. Contoh dalam sastera Arab ialah Masra �Kilyubatrah oleh Ahmad Shawqi, dan dalam sastera parsi ialah Sarnivishi Parviz oleh �Ali Muhammad Khan Uvaysi. |
fictionalism | fiksyenalisme | Pendidikan | Tiada | Doktrin yang berpegang bahawa semua konsep adalah rekaan semata-mata tentang sesuatu realiti walaupun tidak benar. |
a priori concept | konsep a priori | Fizik | Nanoteknologi | Pengetahuan yang diperoleh melalui tanggapan semata-mata dan bukan melalui fakta pengamatan. Contohnya, tanggapan yang dibuat ke atas isu moral atau etika kesan penggunaan nanoteknologi terhadap masyarakat. |
kinematics | kinematik | Kejuruteraan | Tiada | Bahagian ilmu dinamik yang memperkatakan gerakan dari segi geometri semata-mata tanpa merujuk kepada sistem daya yang terlibat dengan gerakan itu. |
action oriented | berorientasikan tindakan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk orientasi yang bukan sekadar bersifat tingkah laku semata-mata, tetapi lebih menggambarkan atau menjelaskan matlamat sebenar tujuan tindakan itu diambil. Dalam amalan pentadbiran sesebuah institusi atau kerajaan, orientasi ini merupakan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Dalam erti kata lain, setiap tindakan yang diambil bermotifkan untuk mencapai sasaran dan juga visi tertentu. Contohnya, Dasar Pandang ke Timur merupakan satu dasar yang berorientasikan tindakan. |
mime | mimos | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk persembahan bisu dalam drama atau teater yang menggunakan gerak tubuh dan gerak isyarat semata-mata bagi menyampaikan makna dan cerita. Oleh itu, persembahan bisu bukanlah suatu karya sastera bertulis. Persembahan ini bermula di Sisicy dan selatan Itali, dan merupakan suatu bentuk hiburan yang popular pada abad pertengahan. Kemudian, pengaruhnya berkembang di Eropah sehingga mimos menjadi sebahagian daripada tradisi drama Eropah. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani mimos bermaksud �pelakon� atau �pengajuk�. Mimos dikenali juga sebagai kialan. |
polarization | polarisasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan menjadikan suatu masyarakat atau masyarakat antarabangsa berpecah kepada dua pihak yang bertentangan semata-mata kerana sesuatu ideologi, isu atau sentimen ras. Proses pemecahan dua pihak ini berjalan secara perlahan kesan daripada perbezaan pendapat atau persepsi yang muncul secara jelas dalam sesuatu masyarakat. Masyarakat demokratik umpamanya boleh dipolarisasikan kepada kelompok yang menyokong pengekalan institusi raja atau yang menentangnya dan yang menyokong kebebasan beragama atau menentangnya. Manakala masyarakat plural pula boleh terbahagi kepada peribumi dengan bukan peribumi, kulit hitam dengan kulit putih dan masyarakat antarabangsa dahulu yang menyokong Amerika Syarikat dengan yang menyokong Soviet Union. |
breaking the fourth wall | pelanggaran dinding keempat | Kesusasteraan | Tiada | Teknik penulisan dalam genre metafiksyen yang memaparkan watak yang menyedari bahawa watak tersebut adalah rekaan semata-mata. |