Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.bu.nyi] | سمبوڽي

Definisi : ; main ~ sj permainan menyorok dan mencari, main cari-carian; ~ tuma kepala tersorok ekor kelihatan prb menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; lempar batu ~ tangan prb berbuat se-suatu kejahatan dan kemudian berpura-pura tidak tahu-menahu; sembunyi-sembunyi dgn tidak diketahui orang, (secara) diam-diam, (secara) senyap-senyap: dia masuk pertandingan nyanyian secara ~ kerana tidak direstui oleh keluarganya; dgn ~ dgn diam-diam: mereka meninggalkan tempat itu dgn ~; ~ puyuh prb a) menutup perbuatan jahat yg telah diketahui ramai; b) tidak mahu tahu akan perkara yg benar-benar berlaku; sembunyi-sembunyian, bersembunyi-sem­­bunyian bermain menyorok dan men­cari-cari; bersembunyi 1. berlindung (diri) supaya tidak kelihatan, menyorok: mereka masuk ~ di dlm rumah Menteri Besar yg telah kosong itu; 2. tidak mengatakan (memberitahukan) dgn sebenarnya, berahsia: jangan kamu ~ lagi, katakan sahaja dgn terus terang; menyembunyikan 1. melindungkan (me­nutup dll) supaya tidak kelihatan, menyorok-kan: maka Pak Lebai pun sampailah di tempat anjing itu ~ dirinya; di situlah tempat ia ~ hartanya yg baik-baik; 2. tidak mencerita-kan (sesuatu), me­rahsiakan: ia tidak dapat ~ perasaan hatinya; kerani itu juga mungkin bersubahat ~ rahsia ini; spt harimau ~ kuku-nya prb orang yg hendak menyorok-nyorok-kan kelebihan dirinya; tersembunyi tidak kelihatan, terlindung, dirahsiakan: apakah yg ~ di sebalik kebaikan hatinya itu?; tujuan yg ~ dan kemahuan nafsu yg terpendam; tersembunyi-sembunyi dgn diam-diam (berse-lindung), tersorok-sorok; persembunyian tempat bersembunyi (me­nyembunyikan): lima bilah pedang telah dijumpai di tempat ~ samseng-samseng di Lorong Pudu; penyembunyian perbuatan menyembunyi­kan; penyembunyi orang yg menyembunyikan sesuatu: ~ harta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.bu.nyi] | سمبوڽي

Definisi : tidak dpt dilihat kerana terlindung. sembunyi-sembunyi se­­cara tidak dpt dilihat atau tidak di­ketahui orang: Dia membuat kerja itu ~. bersembunyi berlindung diri supaya tidak dpt dilihat; menyorok: Dia ~ di balik pintu. menyembunyikan 1 menaruh sesuatu supaya tidak dilihat orang; melindungkan; menyorokkan: Budak-budak nakal telah ~ kasutnya. 2 tidak memberitahukan sesuatu; merahsia­kan: Janganlah kamu semua hendak ~ perkara itu drpd kami. ter­sembunyi tidak dpt dilihat atau tidak dpt di­ketahui; terlindung; ter­sorok: Mereka menggunakan tongkat besi yg tajam utk mencari telur yg ~ itu. persembunyian 1 tempat me­nyembunyikan sesuatu; tempat ber­sembunyi. 2 perbuatan atau hal bersembunyi. penyembunyian per­buatan atau hal menyembunyikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Sembunyi-sembunyi puyuh.

Bermaksud :

Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
objective point of viewsudut pandangan objektifKesusasteraanTiadaKaedah penceritaan daripada pengarang yang menempatkan dirinya di luar cereka dan mengisahakan perkara yang berlaku tanpa melakukan sebarang bentuk komentar yang memihak atau bersifat peribadi. Kaedha penceritaan seperti ini dikenali juga sebagai teknik lalat di dinding (fly-on-the-wall technique), pengarah sembunyi diri (self-effacing author), dan pandangan kamera (camera eye).

Kembali ke atas