semen diluent | pencair semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Cecair yang digunakan untuk mencairkan semen. Pencair semen mengandungi pelbagai bahan untuk melindungi sperma semasa proses krioawetan. Pencair semen akan dicampurkan dengan semen segar sebelum dikrioawet. Sinonim pengekal semen |
semen examination | pemeriksaan semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses penilaian semen selepas dikumpulkan. Pemeriksaan semen dapat menentukan kualiti semen. Contoh kualiti semen yang diperiksa adalah seperti isi padu, warna, kemotilan, keabnormalan, nisbah hidup kepada mati dan kepekatan. |
semen freezing | pembekuan semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses ke atas semen untuk membolehkan semen disimpan dalam tempoh yang lama selepas dikumpulkan. Lazimnya, selepas semen dikumpulkan, penilaian akan dibuat ke atas semen tersebut terlebih dahulu sebelum dibekukan. Pembekuan semen dilakukan sehingga mencapai suhu -196° Celsius. |
semen quality | kualiti semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Penunjuk aras prestasi haiwan jantan berpandukan semen yang dihasilkannya. Kualiti semen diukur berdasarkan kuantiti, kualiti dan tahap kejayaan persenyawaan. Penurunan kualiti semen yang melampau merupakan faktor utama kemandulan haiwan jantan. |
frozen semen | semen sejuk beku | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Semen yang dikumpulkan, dianalisis dan disimpan dalam cecair nitrogen pada suhu −196°C (−321°F) untuk kegunaan masa depan dalam permanian beradas. Semen sejuk beku pada suhu ini boleh disimpan dalam tempoh jangka masa yang lama. |
semen | semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Cecair keputihan yang dihasilkan dari trakus pembiakan jantan. Semen mengandungi spermatozoa yang terampai dalam rembesan kelenjar aksesori haiwan jantan yang terdiri daripada kelenjar vesikel seminal, prostat dan bulbouretra. Sinonim cairan semen. |
semen preservation | pengawetan semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses untuk mengawet semen pada suhu -196° Celsius. Proses pengawetan semen ini juga dikenali sebagai krioawetan. Semen yang dikrioawet boleh disimpan dalam tempoh yang lama untuk digunakan dalam permanian beradas. |
semen collection | pengumpulan semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah yang digunakan untuk mengumpul semen daripada haiwan jantan. Contoh pengumpulan semen daripada haiwan jantan adalah dengan menggunakan vagina tiruan dan elektroejakulasi. Semen yang dikumpulkan ini akan dinilai untuk menentukan kualitinya. |
semen seminal defect | kecacatan seminal semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kualiti kandungan semen yang tidak mencapai tahap normal. Kecacatan seminal semen akan mengurangkan kualiti semen dan penghasilan anak. |
semen characteristic | ciri semen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Asas pertimbangan untuk menentukan nilai semen yang dikumpulkan daripada haiwan jantan. Ciri semen yang dinilai merangkumi isi padu, warna, kemotilan, kepekatan dan keabnormalan morfologi sperma. |