Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. utk beberapa ketika sahaja (tidak lama), tidak kekal: utk ~; bantuan ~; 2. = sementaraan sl selama, selagi: telah sampai di Pahang, duduklah ia memerintah negeri Pahang, ~ belum beraja; marilah cucuku yg kedua ini kududukkan sai-sainya semen-taraan aku lagi hayat; 3. sedang (berlakunya sesuatu dll): pengetahuan orang pd masa itu semuanya berdasarkan kepercayaan, ~ keper-cayaan mereka memang tidak mengenali apa-apa batas pun; 4. = ~ itu pd ketika itu, dlm pd itu: ~ itu kapal belayar juga, makin lama makin laju; 5. di samping: ~ bertindak sbg Timbalan Perdana Menteri, beliau juga dapat menambah pengalamannya; ingat ~ belum kena, jimat ~ belum habis prb hendak-lah sentiasa berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dll); kesementaraan perihal (sifat) sementara, keadaan (sifat) tidak kekal: kesedaran ter-hadap kenyataan bahawa ~ hidupnya akibat peperangan, tidak mungkin dia menyimpan harta. sementelah = sementelahan sl lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi: sudah tidak sabar lagi dia mencari, ~nya hari sudah mulai malam; aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak tetap selama-lama­nya; tidak utk selama-lamanya; utk beberapa ketika saja: Sebuah bangunan ~ telah didirikan sehingga bangunan yg baru selesai dibina. 2 dlm tempoh atau dlm waktu tertentu; selama; selagi: Lebih baik berjagung-jagung, ~ menanti padi masak. ~ tidak berduit, janganlah membeli-belah. 3 dlm pd itu; pd ketika itu: ~ ibu memasak, saya membasuh pinggan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sementara (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak kekal: beberapa ketika, sekejap, seketika,
Berantonim dengan kekal

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan selama, selagi, senyampang, ketika, sepanjang waktu,

3. Bersinonim dengan dalam pada itu: ketika itu, manakala,

4. Bersinonim dengan di samping: dan, serta, sambil, seraya, sembari, juga, dengan, bersama, pula,

Kata Terbitan : kesementaraan,

Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sementara mendapat rotan,
     akar-akar pun jadilah.

Bermaksud :

Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada masak, berjagung-jgunglah dulu).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
provisional governmentkerajaan sementaraSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk hanya untuk sementara waktu sama ada kerana masih tidak boleh mcmbentuk kerajaan rasmi atau masih dalam pelarian atau buangan ataupun sementara menanti keadaan menjadi aman setelah berlaku kacau-bilau dalam sesebuah negara. Kerajaan ini dibentuk sebagai memenuhi keperluan wujudnya pemerintah untuk mentadbir negara tetapi tidak menjadi kerajaan yang popular. Kerajaan ini hanya menjalankan urusan pentadbiran bagi tempoh tertentu. Contohnya, kerajaan sementara Korea telah dibentuk di Shanghai pada tahun 1919 oleh pejuang nasionalis Korea yang sangat patriotik kerana negara tersebut sedang dikuasai oleh Jepun.
life expectancy term insuranceinsurans sementara jangkaan hayatinsuransTiadaInsurans hayat sementara yang memberi perlindungan bagi sepanjang hayat insured. Insurans ini berbeza daripada polisi hayat sementara biasa yang tempoh perlindungan ditetapkan bagi beberapa tahun atau sehingga insured mencapai umur yang ditetapkan.
ad hoc authorityautoriti sementaraSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk kuasa yang diberikan kepada seseorang, organisasi atau badan tertentu. Kuasa jenis ini bersifat sementara atau untuk satu jangka masa tertentu sahaja. Kuasa sementara ini wujud ekoran daripada timbulnya sesuatu kemelut, pertelingkahan atau penyelewengan yang memerlukan satu badan lain yang bebas untuk menyelesaikan dan menyiasat hal tersebut. Kuasa autoriti ini akan tamat apabila tugas yang diberi telah selesai. Contohnya, pembentukan badan penyiasat jenayah perang di Bosnia Herzegovina oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memiliki kuasa sementara.
layoffhenti kerja sementaraPentadbiranTiadaTindakan memberhentikan secara sementara atau tetap seorang pekerja atau tenaga kerja.
term insuranceinsurans sementarainsuransTiadalih. insurans hayat sementara.
decreasing term insuranceinsurans sementara menyusutinsuransTiadaInsurans sementara yang faedah kematiannya berkurangan secara berperingkat, bermula daripada tarikh berkuat kuasa polisi sehingga ke tarikh penamatan polisi.
renewable term insuranceinsurans sementara boleh baharuinsuransTiadaInsurans sementara yang boleh diperbaharu untuk satu tempoh lagi tanpa bukti boleh insurans.
level term insuranceinsurans sementara parasinsuransTiadaInsurans hayat sementara yang nilai mukanya sama dari tarikh berkuat kuasa hingga tamat tempoh polisi.
temporary threshold shiftanjakan ambang sementaraSains KesihatanTiadaAnjakan ambang pendengaran sementara yang terhasil daripada pendedahan kepada bunyi bising.
ad hoctalian sementaraKomunikasiTiadaTalian perhubungan yang disediakan oleh pihak komunikasi secara sementara bagi tujuan siaran atau rancangan khas. Talian ini ditamatkan selepas penggunaannya selesai.
12345678910...

Kembali ke atas