Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (séminar) perjumpaan utk berbincang atau bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu: pd tahun lepas, ia telah pergi menghadiri ~ utk membincangkan kedudukan kaum wanita; berseminar mengadakan seminar, meng­hadiri (menyertai) seminar: janganlah kita asyik ~ tanpa usaha lanjutan; menseminarkan membahaskan sesuatu per-kara, isu, dsb dlm seminar: perkara itu perlulah diseminarkan terlebih dahulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sl bersinar-sinar; ® sinar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /séminar/ perjumpaan utk menyelidik dan memperbahaskan se­suatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yg ahli dlm hal itu. ber­seminar menghadiri, menyertai atau mengadakan seminar: Mereka ~ selama dua hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
web-based seminarseminar berasas webTeknologi Maklumate-PembelajaranLihat webinar.
web-based seminar/webinarseminar berasaskan web/webinarTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaSeminar yang dilangsungkan melalui web atau sesawang dengan menggunakan platform media sosial seperti Google Meet, Facebook dan sebagainya.
webinarwebinarTeknologi Maklumate-PembelajaranSingkatan bagi seminar berasaskan web. Seminar yang dikendalikan menerusi Internet pada hampir masa nyata. Webinar mempunyai elemen interaktif yang membenarkan pembentang/pengajar dan peserta/pelajar dari pelbagai lokasi berkongsi dokumen, audio, video atau slaid. Webinar boleh dirakam untuk siaran tertunda, tetapi akan kehilangan elemen interaktif yang juga dikenali sebagai siar web. Lihat juga siar web.
bleisure travelkerja sambil riadahPelanconganTiadaPerjalanan seseorang yang melibatkan kerja rasmi seperti menghadiri mesyuarat, seminar tetapi turut mengambil peluang untuk menikmati destinasi berikutnya sebagai pengalaman rekreasi.
web conferencesidang webTeknologi Maklumate-PembelajaranPertemuan dalam talian berasaskan web yang membolehkan pengguna mengadakan perbincangan, mesyuarat, seminar perniagaan, latihan jarak jauh, pembentangan persembahan, sesi pembelajaran atau aktiviti sokongan pelanggan. Sidang web juga membolehkan perkongsian skrin komputer, aplikasi atau kandungan berasaskan web dalam masa nyata antara dua atau lebih komputer atau peranti mudah alih. Fungsian tambahan sidang web juga membenarkan capaian jauh komputer, berbalas mesej, bertukar fail, berhubung menerusi papan putih digital, serta bersiaran secara langsung kepada penonton pasif. Contohnya, WebEx, GoToMeeting, Zoom, Skype dan MultiPeople. Lihat juga telesidang, telesidang video.
audiolectureaudiokuliahTeknologi Maklumate-PembelajaranBahan pembelajaran berbentuk audio hasil daripada proses rakaman dan pengarkiban kandungan kuliah, syarahan, persidangan atau seminar. Lihat juga siar pod, webinar.
teleconferencingtelesidangTeknologi Maklumate-PembelajaranPertemuan dua hala yang interaktif dan dinamik antara individu secara serentak di beberapa lokasi menerusi medium telekomunikasi yang membolehkan mereka mengadakan perbincangan, mesyuarat, seminar perniagaan, latihan jarak jauh, pembentangan persembahan, sesi pembelajaran atau aktiviti sokongan pelanggan. Terdapat pelbagai jenis media telesidang seperti audio, audiografik, komputer, web, video dan televisyen. Telesidang sering digunakan dalam pendidikan jarak jauh.
crime awareness campaignkempen kesedaran jenayahKriminologiKeadilan JenayahUsaha penyebaran pengetahuan atau kefahaman mengenai jenayah kepada masyarakat umum tentang kepentingan pencegahan jenayah dan langkah-langkah untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa jenayah. Contohnya, pemakluman umum melalui media, forum atau seminar tentang pencegahan jenayah.

Kembali ke atas