Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.mua] | سموا

Definisi : 1. sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, ke­semuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~; semua-semuanya segala-galanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.mua] | سموا

Definisi : 1 tidak ada yg dikecualikan; sekalian; segala: ~ orang akan mati. 2 = semuanya, kesemuanya sekaliannya sekali: Kambing dan lembunya ~ dijual. 3 seluruhnya; segala-galanya: Berapa harga ~nya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semua (kata tugas)
1. Bersinonim dengan sekalian: segala, seluruh, sarwa, sekotah,

2. Bersinonim dengan sekaliannya: kesemuanya, serba serbi, semuanya, setiap,

3. Bersinonim dengan segenap: setiap, seluruh, serata, seantero.,


Puisi
 

Kain tanjung kain pelikat,
     Semua sudah dijahit enjin;
Bunga berjunjung teguh berikat,
     Tidak bergoyang ditiup angin.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kita semua (= sekalian) mati,
     tetapi kubur masing-masing.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anatomical reference positionposisi rujukan anatomiSains SukanBiomekanikKedudukan badan dalam keadaan berdiri tegak dengan semua bahagian badan termasuk tapak tangan menghadap ke hadapan. Posisi ini merupakan posisi rujukan bagi semua pergerakan bahagian badan. Semua sudut sendi dalam posisi ini adalah neutral dan dinyatakan sebagai darjah sifar. Sinonim posisi anatomi.
underextensionsempit maksudSains KesihatanTiadaRujukan makna yang terlalu sempit bagi sesuatu perkataan. Contohnya, semua filem adalah kodak, semua kereta adalah proton dan sebagainya.
parallel circuitlitar selariKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSambungan komponen elektrik dalam litar yang dibuat secara selari dengan menyambung semua terminal negatif dengan semua terminal positif.
named perilperil ternamainsuransTiadaPeril khusus dicatatkan dalam sesuatu yang boleh menyebabkan kerugian ke atas harta yang diinsuranskan. Ini berbeza dengan polisi insurans semua risiko yang melindungi semua peril melainkan peril yang dikecualikan.
all linessemua liniinsuransTiadaPenguderaitan semua jenis insurans hayat, kesihatan, harta dan liabiliti oleh syarikat insurans yang sama.
all inclusivetermasuk semuaPelanconganTiadaHarga yang ditawarkan merangkumi semua jenis perkhidmatan.
indusrial all risk policypolisi semua risiko industriinsuransTiadaPolisi yang melindungi semua jenis peril selain daripada yang dikecualikan oleh syarat-syarat polisi.
industrial all risk policypolisi semua risiko industriPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi yang melindung semua jenis peril selain daripada yang dikecualikan oleh syarat-syarat polisi.
all risk insuranceinsurans semua risikoinsuransTiadaInsurans yang membayar ganti rugi harta yang rosak disebabkan oleh semua peril melainkan peril yang dikecualikan oleh polisi tersebut.
all types propety policypolisi semua jenis hartainsuransTiadaBentuk perlindungan insurans harta yang luas, merangkumi semua jenis harta.
12345678910...

Kembali ke atas