Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.na.man] | سنمن

Definisi : latihan gerak badan: jika seseorang tidak membuat apa-apa senaman, maka darahnya tidak dapat berjalan dgn kuat dan betul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.na.man] | سنمن

Definisi : latihan gerak badan utk menyihatkan badan; riadah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senam
Kata Terbitan : senaman, bersenam,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Kegel exercisesenaman KegelKejururawatanTiadaSenaman untuk menguatkan otot pelvik-vaginal bagi wanita yang mengalami inkontinens stres. Caranya adalah dengan duduk mencangkung dengan kedua-dua paha direnggangkan dan mengempiskan otot abdomen dan mengemut otot-otot pelvis. Senaman ini juga boleh membantu menguatkan otot dan proses pelahiran.
CrossFitCrossFitSukanTiada1. Sejenis latihan berjeda keamatan tinggi yang menggabungkan banyak senaman kecergasan. 2. Nama jenama bagi suatu program senaman kecergasan bagi prestasi kesihatan yang lebih baik.
low intensity interval training (LIIT)latihan berjeda keamatan rendah (LIIT)SukanTiadaSenaman berdasarkan kadar denyutan jantung dan pemantau kadar denyutan jantung digunakan untuk merekodkan senaman ini. Contohnya, seperti berjoging.
resistance exercisesenaman rintanganMakanan dan PemakananTiadaAktiviti fizikal yang menggunakan kekuatan otot untuk mengangkat berat atau menjalankan kerja melawan beban rintangan. Berat badan seseorang juga boleh digunakan bagi membekalkan rintangan seperti apabila seseorang melakukan aktiviti bangkit tubi dan mendagu.
air bikebasikal senamanSukanTiadaTiada
deep breathing exercisessenaman pernafasan dalamKejururawatanTiadaLatihan pernafasan yang dalam bagi mengelakkan infeksi paru-paru, yang digalakkan untuk kes-kes sebelum dan selepas pembedahan.
aerobic traininglatihan aerobikKejururawatanTiadaSenaman berterusan supaya meningkatkan penggunaan oksigen dan melatih kemampuan otot meneruskan aktivitinya untuk tempoh yang lama.
fitness centrepusat kecergasanPelanconganTiadaTempat individu melakukan senaman dan biasanya terhad kepada ahli sahaja.
high intensity interval training (HIIT)latihan berjeda keamatan tinggi (HIIT)SukanTiadaSenaman dalam masa singkat yang disusuli dengan pemulihan dalam masa singkat untuk mengembalikan kadar denyutan jantung yang normal. Contohnya, seperti berbasikal dan berlari pecut.
fitness facilitieskemudahan kecergasanPelanconganTiadaInfrastruktur dan peralatan yang disediakan untuk melakukan senaman.
12

Kembali ke atas