Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nan.di.ka] | سننديک

Definisi : (Sas) percakapan seorang diri oleh watak, biasanya dlm drama atau bentuk karya sastera lain, yg ditujukan kpd dirinya sendiri atau pendengar (penonton) utk mengungkap-kan perasaan, konflik batin, firasat dsb yg dihadapinya atau utk memberikan sesuatu maklumat kpd pendengar (penonton) itu; bersenandika mengungkapkan senandika. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senandika


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
soliloquysenandikaKesusasteraanTiadaUjaran yang disampaikan oleh pelakon secara bersendirian untuk menyatakan perasaan dan pemikirannya. Ujaran (percakapan) biasanya dalam drama atau teater, ditujukan kepada diri sendiri untuk mengungkapkan perasaan dan konflik batin yang dihadapinya. Ujaran tidak disasarkan kepada khalayak, namun khalayak dapat mendengar dan seterusnya mengetahui perasaan dan pemikirannya. Contohnya, ucapan watak Hamlet, �To Be� atau �Not To Be�. Senandika disebut juga sebagai solilokui. Lihat juga monolog.
monologuemonologKesusasteraanTiadaPertuturan panjang seorang watak pada dirinya sendiri bagi menyuarakan fikiran dan rasa hatinya. Pertuturan watak biasanya terdapat dalam drama, naratif dan puisi. Monologi boleh berbentuk bisikan kuat, senandika (soliloqui), monolog dramatik dan monolog dalaman. Bisikan kuat ialah pertuturan watak yang hanya dapat didengar oleh penonton manakala senandika ialah percakapan seorang watak untuk meluahkan perasaan dan fikiran kepada dirinya sendiri. Monologi dramatik merupakan percakapan seorang watak bagi menyampaikan pemikiran dan perasaannya terus kepada penonton. Monolog dalaman yang biasanya dikaitkan dengan naratif pula ialah bahagian teks yang mendedahkan pemikiran dalaman seorang watak kepada pembaca secara langsung. Dalam persembahan drama, monolog hanya dituturkan oleh seorang pelakon sahaja. Ujaran �To be or not to be� oleh Hamlet dalam drama Shakespeare yang berjudul Hamlet (Babak III, adegan i) merupakan contoh monolog dalam bentuk senandika. Dalam sastera Parsi, monolog ditemui dalam Sang-i-Sabur oleh Sabiq Chubak. Contoh monolog dramatik yang biasanya terdapat pada teater tradisional Makyung ialah ungkapan semasa Pakyung memperkenalkan dirinya seperti yang berikut: Yalah tuboh hambo bergelar Raja Bongsu Sakti dari negeri Pelenggang Cahaya. Bonda bernamo Raja Besar�. Istilah monolog berasal daripada drama Yunani berjudul Oedipus Rex oleh Sophocles. Monolog menjadi bentuk popular dalam penulisan Barat pada kurun ke-16 dan pada era Elizabeth seperti dalam karya Shakespeare. Lihat juga monolog dalaman, monolog dramatik, senandika.
asideaisik kuatKesusasteraanTiadaTeknik lakonan yang membolehkan pelakon mendedahkan pemikiran dan emosinya tentang watak lain atau sesuatu peristiwa kepada penonton. Pada waktu itu, pelakon lain berada di atas pentas, dan mereka seolah-olah tidak mendengar bisikan kuat itu. Teknik ini digunakan dalam drama Shakespeare, opera Cina, drama Sanskrit, dan bangsawan. Lihat juga senandika.

Kembali ke atas