Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.na.pang] | سناڤڠ

Definisi : sj senjata yg berlaras dan berpeluru (lebih besar dan panjang drpd pistol dan lebih kecil serta pendek drpd meriam), bedil; ~ angin senapang yg melepaskan penabur dgn tekanan udara; ~ bambu (buluh) a) sj senapang (bedil) yg dibuat drpd buluh utk mainan kanak-kanak; b) prb rupanya sahaja berbahaya tetapi sebenarnya tidak; ~ kampung = ~ kopak = ~ kulai = ~ patah senapang yg patrumnya diisikan dr pangkal laras; ~ kembar = ~ pengantin senapang yg berlaras dua; ~ kep = ~ lantak = ~ lantakan senapang yg pelurunya diisikan dr mulut: ~ mesin senapang yg boleh melepaskan banyak peluru dgn sekali tarik picunya; kalau tiada ~, baik berjalan lapang prb jikalau tidak bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah; mercun buluh ~ bambu kpd saya jangan dituju prb tidak berguna menggertak orang yg berakal dan berilmu dgn sesuatu yg tiada memberi erti; bersenapang memakai senapang, ber­senjata-kan senapang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.na.pang] | سناڤڠ

Definisi : senjata api yg mempunyai laras dan menggunakan peluru (lebih besar drpd pistol tetapi lebih kecil drpd meriam). ~ angin senapang yg pelurunya dilepaskan dgn tekanan angin. ~ buluh (bambu) a. bedil yg dibuat drpd buluh utk mainan kanak-kanak. b. ki orang yg nampaknya berbahaya tetapi sebenarnya tidak. ~ kampung (kulai, patah) senapang yg pelurunya diisikan dr pangkal laras. ~ kembar (pengantin) senapang yg berlaras dua. ~ mesin (jentera) senapang yg pelurunya dpt dilepaskan banyak-banyak dgn memetik picunya sekali saja; mesingan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata senapang

Puisi
 

Tanam padi di hulu kampung,
     Kampung ada di tepi pantai;
Cari senapang letak di kampung,
     Jangan buah dimakan tupai.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kalau tidak ada senapang,
     baik berjalan lapang.

Bermaksud :

Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electron gunsenapang elektronFizikNanoteknologiStruktur elektrod yang menghasilkan alur elektron di samping mampu mengawal, memfokus dan memesongkan alur tersebut seperti pada tiub televisyen dan monitor yang menggunakan teknologi tiub sinar katod. Senapang elektron terdiri daripada dua bahagian, iaitu katod panas yang menghasilkan alur elektron dan elektrod yang menghasilkan medan elektrik untuk memecut elektron tersebut ke anod. Senapang elektron digunakan untuk pemendapan filem tipis dan juga dalam litografi alur elektron.
paintballsenapang catSukanTiadaSejenis permainan yang melibatkan pemain menembak antara satu sama lain dengan menembak cat, bukannya peluru.
biathlonbiatlonSukanTiadaPermainan musim sejuk yang menggabungkan luncur ski rentas desa dan menembak dengan senapang oleh peserta yang sama.

Kembali ke atas