Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.na.rai] | سناراي

Definisi : catatan (rakaman) nama, perkara, dll yg disusun berderet atau mengikut urutan tertentu dr atas ke bawah, daftar: ~ harga barang; menyenaraikan 1. menuliskan dlm bentuk daftar (mengikut bilangan), menjadikan senarai: bukti-buktinya terlalu banyak utk disenarai-kan; 2. (Eko) memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut: saham syarikat itu telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur; tersenarai tercatat (terakam, termasuk) dlm sesuatu senarai atau dlm senarai tertentu; penyenaraian 1. perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan, perihal (perbuatan dsb) me-masukkan ke dlm senarai: ~ manuskrip dlm bahasa Melayu; ~ kata kerja; 2. (Eko) proses memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.na.rai] | سناراي

Definisi : beberapa nama (orang, benda dll) yg ditulis atau dicap berturut-turut; daftar: ~ nama pengarang. ~ hitam senarai nama orang (syarikat dll) yg disyaki melakukan sesuatu yg salah atau yg membahayakan. ~ semak senarai yg di dlmnya terkandung barang-barang yg diperlukan, perkara yg perlu dilakukan, hal yg perlu diberi pertimbangan dsb, yg digunakan utk disemak supaya semuanya telah ada, telah dilakukan dsb. menyenaraikan menulis dlm bentuk senarai; membuat senarai. pe­nyenaraian perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan: ~ manuskrip dlm bahasa Melayu telah diusahakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senarai (kata nama)
Bersinonim dengan daftar, lis, faharasat, indeks, katalog, jadual, susunan, catatan;,
Kata Terbitan : menyenaraikan, tersenarai, penyenaraian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Poll booksenarai pengundiSains PolitikPolitik PerbandinganSenarai daftar pengundi yang menyimpan butiran lengkap mengenai semua pengundi yang layak bagi sesuatu kawasan. Senarai ini disediakan oleh badan yang menguruskan pilihan raya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Malaysia. Kebiasaannya senarai ini dibahagikan menurut kawasan pilihan raya sama ada di peringkat negeri untuk dewan undangan negeri atau peringkat parlimen. Individu yang tersenarai dalam kertas ini layak mengundi di kawasan tersebut. Contohnya, senarai pengundi yang dipamerkan oleh SPR di tempat awam untuk semakan sebelum pilihan raya diadakan.
prohibited botanicalherba terlarangHerbaPeraturan dan PemasaranBahan atau ramuan herba yang dilarang digunakan dalam sebarang produk herba dan kosmetik. Dokumen Panduan Pendaftaran Ubat Malaysia menyatakan bahawa terdapat dua senarai herba terlarang, iaitu senarai herba haram dan senarai herba yang mengandungi racun berjadual yang disenaraikan di bawah Akta Racun 1952.
Poisons ListSenarai RacunHerbaPeraturan dan PemasaranSenarai bahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, Akta Racun 1952. Senarai Racun sentiasa dikemas kini mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
Preferred Products List (PPL)Senarai Produk PilihanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSenarai peralatan komersial yang telah mencapai piawaian Tempest dan keperluan lain yang digariskan oleh Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat. Senarai ini diterbitkan dalam Katalog Produk dan Perkhidmatan Keselamatan Sistem Maklumat yang juga diterbitkan oleh NSA.
arrival listsenarai ketibaanPelanconganTiadaSenarai nama pengunjung yang sampai di sesuatu destinasi pada waktu yang ditetapkan.
access listsenarai capaianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSenarai pengguna, atur cara dan spesifikasi kategori capaian yang diberikan kebenaran untuk mencapai sumber komputer tertentu.
assembly listsenarai pemasanganKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSenarai komponen yang perlu dipasang di bahagian pemasangan.
area inventory listsenarai inventori kawasanPelanconganTiadaSenarai terperinci tarikan pelancongan di sesuatu kawasan atau destinasi.
expected arrival listsenarai jangkaan ketibaanPelanconganTiadaSenarai penumpang yang dijangka tiba pada masa yang ditetapkan.
food frequency checklistsenarai semak kekerapan makananSains KesihatanTiadaSenarai untuk menentukan kekerapan pengambilan sesuatu makanan.
1234567

Kembali ke atas