Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.da.wa] | سنداوا

Definisi : 1. bahan kimia kalium nitrat (KNO3) yg digunakan sbg campuran dlm ubat bedil; asam ~ Id asid nitrik; baja ~ baja yg mengandungi nitrat; zat ~ Id gas nitrogen; 2. = ubat ~ mesiu, ubat bedil: maka lakulah ~ di dlm Riau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.da.wa] | سنداوا

Definisi : bunyi (spt bunyi meneguk) yg keluar dr kerongkongan kerana kekenyangan dll: ~ perlahan melonjak dr kerongkongan Leman; bersendawa mengeluarkan bunyi dr kerong-kongan (kerana kekenyangan dll): apabila ia ~, yg keluar hanya bau durian sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.da.wa] | سنداوا

Definisi : 1 bahan yg digunakan sbg campuran utk membuat ubat bedil. 2 = ubat ~ ubat bedil; mesiu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sen.da.wa] | سنداوا

Definisi : bunyi spt bunyi meneguk yg keluar dr kerongkongan kerana kekenyangan dll. bersendawa menge­luarkan bunyi dr kerongkongan kerana kekenyangan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendawa (kata kerja)
Bersinonim dengan sedawa, menjeluak, betahak, terbelahak.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eructationsendawaVeterinarTiadaProses mengeluarkan gas yang berada di dalam rumen secara antiperistalsis melalui mulut. Dalam ruminan, proses ini sangat penting kerana gas-gas yang dihasilkan dalam proses fermentasi, iaitu metana dan karbon dioksida perlu dikeluarkan supaya tekanan gas di dalam rumen dapat dikawal. Pengumpulan gas yang banyak yang berlaku kerana proses sendawa yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kembung pada haiwan yang mengalami gangguan makanan atau kesilapan pemakanan.
belchsendawaSosiologiTiadaBunyi seperti meneguk yang keluar dari kerongkong kerana kekenyangan.
belchingsendawaPerubatanTiadaPembuangan gas dari perut melalui mulut.
burpsendawaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
belchingsendawaPerubatanTiadaPengeluaran gas dari gaster melalui mulut yang diiringi dengan bunyinya sekali.
eructationeruktasi/sendawaPerubatanTiadaPengeluaran gas secara tiba-tiba daripada gaster melalui mulut.
aerophagiaaerofagiaPerubatanTiadaPenelanan udara secara berlebihan dan spasmodik yang diikuti dengan sendawa. Keadaan ini biasanya terjadi pada pesakit histeria, dan apabila seseorang mengalami gangguan gastrousus.

Kembali ke atas