Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.di.rian] | سنديرين

Definisi : 1. seorang diri, tidak berteman: pd suatu petang aku berjalan-jalan ~ di sekitar danau; ia tersenyum ~; 2. tidak dgn bantuan (pertolongan dll) orang lain: pondok kecil itu roboh ~ dan terus tidak dibaiki lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.di.rian] | سنديرين

Definisi : seorang diri: Saya lebih suka tinggal ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,

Peribahasa

Rumah tinggal sarang hantu,
     orang bujang sarang fitnah.

Bermaksud :

Orang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
creeping wavegelombang merayapTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikGelombang yang terhasil daripada tindak balas gelombang asal dengan satu permukaan atau halangan licin dan merayap secara sendirian dalam bahan.
opposition partyparti pembangkangSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik bukan kerajaan yang bergerak untuk bersaing dengan parti pemerintah, menyemak perjalanan pentadbiran kerajaan dan berusaha mendapatkan kuasa pemerintahan. Konsep parti pembangkang tidak sahaja terbatas kepada parti yang memiliki kerusi di dewan perwakilan tetapi juga parti pembangkang yang tidak memiliki sebarang kerusi perwakilan. Parti pembangkang juga boleh bergerak secara sendirian atau gabungan. Contohnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Rakyat Malaysia.

Kembali ke atas