Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.nga.ja] | سڠاج

Definisi : = dgn ~ 1. memang diniatkan (dimak-sudkan dll) lebih dahulu, memang diniatkan begitu: penyair ~ ingin berbeza drpd orang biasa; bukan sahaya ~ ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 2. = bersengaja dibuat-buat, sahaja: geli benar hatinya melihat tingkah laku Iskandar yg ~ itu; menyengaja berbuat sesuatu dgn sengaja; menyengajakan melakukan sesuatu dgn sengaja: Zainal menyambut pertanyaan itu dgn senyum yg disengajakan; kesengajaan perihal (perbuatan) sengaja, sesuatu yg disengajakan: soal ~ watak-watak dlm ‘Salina’ melakukan dosa tidak pernah dibicarakan oleh pengulas-pengulas lain sebelum Shahnon Ahmad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.nga.ja] | سڠاج

Definisi : memang diniatkan atau dimak­sudkan begitu; memang dgn niat ter­lebih dahulu: Dia ~ tidak mahu datang. Kemalangan itu berlaku dgn tidak ~. menyengaja berbuat sesuatu yg se­ngaja: Saya ~ supaya dia tahu akan ke­hadiran saya. menyengajakan me­la­kukan dgn sengaja: Perbalahan itu me­mang disengajakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengaja (kata kerja)
Bersinonim dengan memang berniat, asa, sengeleng, sahaja;,
Kata Terbitan : bersengaja, menyengajakan, kesengajaan,

Puisi
 

Cik Ali menikam pari,
     Tala suntung tala sumpit;
Bukan sengaja saya ke mari,
     Bawa pantun dengan nasib.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Korek lubang ulat.

Bermaksud :

Sengaja mencari perselisihan.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
neutralizationperkecualianSains PolitikPolitik PerbandinganProses menjadikan atau mengembalikan sifat tidak memihak kepada sesebuah negara, pertubuhan atau individu yang berlaku secara sengaja atau tidak sengaja. Proses ini berlaku sama ada secara paksaan, pembujukan atau sukarela. Contohnya, tindakan Dr. Chandra Muzaffar meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan merupakan satu tindakan peneutralan sikap politik beliau. Sinonimpeneutralan.
deliberate adulterationcampur palsu secara sengajaHerbaTiadaPerlakuan sengaja mencampurkan atau menggantikan bahan mentah atau sediaan herba tulen atau kurang berkualiti dengan bahan pemalsu. Campur palsu dilakukan untuk mengurangkan kos pemprosesan sediaan herba yang sukar diperoleh atau mahal, menopengi bahan mentah yang kurang berkualiti dan meningkatkan keberkesanan sediaan herba. Bahan pemalsu ialah bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi herba, bahagian atau spesies tumbuhan yang kurang berkualiti, bahan kimia dan ubat sintetik. Campur palsu ini boleh dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan gravimetri.
adulterationcampur palsuHerbaTiadaPenambahan sebarang bahan herba yang berkualiti rendah atau tidak tulen, bahan lengai, kotor atau toksik ke dalam bahan mentah atau sediaan herba secara sengaja atau tidak sengaja. Campur palsu juga merangkumi pengeluaran komponen bernilai daripada bahan herba. Contohnya, cengkih yang telah dikeluarkan minyak meruapnya sebagai bahan mentah atau sediaan herba. Tujuan campur palsu ini adalah untuk mendapatkan keuntungan, melakukan penipuan atau menutup kekurangan. Sinonim adulterasi, pemalsuan, penodaan, pelancungan, aduk, pemalsuan mutu, pengodian dan pencemaran mutu.
accidental adulterationcampur palsu secara tidak sengajaHerbaTiadaPerlakuan tidak sengaja mencampurkan bahan mentah atau sediaan herba tulen dengan bahan pemalsu. Campur palsu disebabkan kecuaian semasa proses pengumpulan, pengeringan dan pembungkusan bahan mentah, serta semasa pengilangan sediaan herba. Bahan pemalsu ialah unsur tanah, bahagian tumbuhan yang tidak tulen dan rumpai. Campur palsu ini dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan gravimetri.
self-inflicted harmkecederaan sengaja kendiriKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan atau tindakan seseorang yang mencederakan diri sendiri dengan sengaja akibat faktor-faktor seperti tekanan, kekecewaan dan pengaruh sosial, tetapi tidak berniat untuk membunuh diri.
heavy metal contaminationkontaminasi logam beratHerbaTiadaPencemaran bahan logam seperti arsenik, merkuri, plumbum, kadmium, kuprum, ferum, nikel dan zink yang terkandung dalam herba. Kontaminasi logam berat boleh berlaku disebabkan oleh pencemaran persekitaran secara sengaja atau tidak sengaja, penggunaan pestisid seperti plumbum arsenat dan penggunaan alat pemprosesan yang dibuat daripada bahan logam seperti kuprum dan besi. Penentuan kandungan logam berat berguna untuk memastikan kualiti dan keselamatan suatu bahan mentah dan sediaan herba. Kandungan logam berat dalam bahan herba yang melebihi nilai piawai boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Logam berat dikesan menggunakan kaedah spektroskopi penyerapan atom. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengehadkan nilai plumbum dan kadmium piawai bagi bahan herba tidak melebihi 10 ppm dan 0.3 ppm masing-masing.
social isolationpemencilan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang memisahkan diri atau kelompok daripada masyarakat yang lebih besar. Tindakan ini dilakukan sama ada secara sengaja kerana tidak mahu bercampur dengan dunia luar ataupun secara tidak sengaja apabila seseorang atau kelompok itu hidup terpisah dan jauh dari masyarakat. Pemencilan sosial ini akan menyebabkan seseorang itu hidup tanpa tekanan sosial yang kuat dan berasa bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira faktor masyarakat. Contohnya, Robinson Crusoe yang menduduki sebuah pulau seorang diri mengalami pemisahan sosial yang lama sehinggalah beliau kembali ke tempat asalnya.
metadramametadramaKesusasteraanTiadaBentuk drama yang sengaja dipersembahkan untuk menarik perhatian khalayak, mengenai kehadirannya sebagai sebuah karya rekaan. Hal ini dilakukan melalui ujaran secara langsung kepada penonton dalam bentuk prolog, epilog, atau �lakonan dalam lakonan� dalam sesebuah drama. Situasi ini memungkinkan penonton mentafsir lebih lanjut tentang drama itu sebagai suatu bentuk seni. Justeru, metadrama menyedarkan penonton bahawa apa yang disaksikan di atas pentas hanyalah sebuah cereka. Contoh metadrama ditemui dalam karya Luigi Pirandello yang berjudul Six Characters in Search of an Author (1921). Lihat juga metafiksyen.
arsonarsoninsuransTiadaPembakaran harta dengan sengaja dan berniat jahat untuk menipu syarikat insurans.
herbal substitutionpenggantian herbaHerbaTiadaPerlakuan sengaja menukarkan bahan mentah herba dengan bahan pemalsu. Lazimnya penggantian herba dilakukan terhadap bahan mentah yang sukar diperoleh dan mahal untuk tujuan mengaut keuntungan yang banyak. Bahan pemalsu yang biasa hadir ialah bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi herba dan bahagian atau spesies tumbuhan yang kurang berkualiti. Campur palsu ini dikesan melalui pemeriksaan organoleptik, mikroskopi, analisis spektroskopi, kromatografi dan assai. Contohnya, akar tongkat ali digantikan dengan bahagian batangnya.
1234567

Kembali ke atas