Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[seng.kuap] | سڠکواڤ

Definisi : atap yg dipasang di rusuk atau di belakang rumah (sbg tambahan sahaja): malam hari, bukan tidur di lepau atau di dlm rumah, melainkan di bawah ~ atap rumah orang; ~ gantung cetera (payung) di atas singgahsana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[seng.kuap] | سڠکواڤ

Definisi : atap tambahan yg dipasang pd rusuk rumah, pd belakang rumah dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sengkuap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
canopysengkuapKejuruteraanKejuruteraan BangunanBinaan konkrit yang diunjurkan dari atas tingkap atau atas pintu untuk memberi perlindungan daripada hujan dan panas. (Rajah 84) sengkuap (Rajah 84)
canopysengkuapKesenianSeni BinaUnsur binaan yang diunjurkan daripada mukaan dinding sama ada di atas tingkap, pintu, langkan, laluan dan sebagainya untuk perlindungan daripada hujan dan panas. Unsur binaan ini mempunyai beberapa panggilan khusus bergantung pada peranannya. Sengkuap lebih merujuk kepada binaan kekal atau separa kekal yang dibina untuk menjadi sebahagian daripada unsur bangunan. Lihat juga tenda, sudur.
awningsengkuapPenilaian Harta TanahTiadaTiada
awning windowtingkap sengkuapKejuruteraanKejuruteraan BangunanTingkap yang dipangsikan pada satu paksi di bahagian atas dan diunjur keluar.
canopytendaKesenianSeni BinaUnsur binaan yang digunakan untuk melindungi manusia daripada hujan dan panas. Tenda lazimnya diperbuat daripada kain yang berfungsi sebagai binaan tambahan yang bersifat sementara. Unsur binaan ini mempunyai beberapa panggilan khusus bergantung pada peranannya. Lihat juga sengkuap, sudur.
canopysudurKesenianSeni BinaUnsur binaan yang digunakan untuk memayungi manusia daripada hujan dan panas. Unsur binaan ini mempunyai beberapa nama khusus bergantung pada peranannya. Sudur lebih merujuk kepada rimbunan dahan dan daun pokok yang menutup sebahagian daripada bangunan atau menjulur keluar dari batangnya untuk menjadi ruang atau laluan di bawahnya teduh. Lihat juga sengkuap, tenda.

Kembali ke atas