graphic designe | pereka grafik | Komunikasi | Tiada | Orang yang bertanggungjawab memberi bentuk dimensi dan unsur-unsur tertentu ke dalam karya seni visual dalam bentuk media cetak atau media elektronik. |
representation | representasi | Kesusasteraan | Tiada | Proses membina dan menyampaikan makna melalui bahasa. Bahasa tidak bersifat lut sinar dan neutral kerana bahasa membawa ideologi dan menyiratkan nilai budaya penulis. Oleh itu, bahawa diwarnai oleh faktor seperti kelas, ras, dan gender. Representasi berubah mengikut faktor ini yang mempengaruhi penulis. Pemikiran tentang sifat bahasa ini juga mempengaruhi pengkritik sastera seperti Paul de Man, J. Hillis Miller yang mengemukakan tafsiran mereka. Proses ini juga merujuk kepada seni visual dan seni persembahan drama atau teater. Dalam kedua-dua bidang seni ini, media ekspresi seperti gerakan, bunyian, dan lakaran dipengaruhi oleh faktor-faktor di atas. |
neoplasticism | neoplastisisme | Kesenian | Seni Bina | Gerakan seni yang diasaskan pada 1917 di Amsterdam, Belanda yang memperjuangkan seni abstrak tulen. Antara ciri dalam gerakan seni ini ialah mengurangkan penggunaan bentuk dan warna, menggunakan komposisi visual ke arah susunan menegak dan mendatar, serta menggunakan warna utama bersama-sama dengan warna hitam dan putih. Lihat juga De Stijl. |
visual art | seni tampak | Kesenian | Tiada | Seni yang mengutamakan penglihatan dan penghayatan dalam pengkaryaan. |
formalism | formalisme | Kesenian | Seni Bina | Pendekatan dalam seni bina yang menekankan bentuk sesuatu bangunan. Arkitek yang menggunakan pendekatan ini sering menghubungkan unsur-unsur visual antara bahagian-bahagian bangunan dengan kerja-kerja reka bentuknya secara keseluruhan. Seni bina formalisme sangat mementingkan penggunaan garis dan bentuk-bentuk geometri. Formalisme pada bangunan moden banyak ditemui pada bangunan Bauhaus dan dalam gaya seni bina antarabangsa. |
graphic arts | seni grafik | Komunikasi | Tiada | Seni penyampaian mesej komunikasi secara visual yang diwujudkan melalui kegiatan percetakan atau lakaran secara elektronik. |
aesthetic | estetik | Kesenian | Drama dan Teater | Sistem kriteria yang koheren, yang digunakan untuk menilai hasil seni berlandaskan oral, visual, moral, sosial, kombinasi salah satu atau semuanya. |
creative mix | adun kreatif | Komunikasi | Tiada | Proses mengadun unsur-unsur bunyi dan visual untuk menghasilkan kesan dramatik dan nilai seni dalam sesuatu penerbitan. Contohnya, mencampurkan unsur-unsur bunyi dan visual daripada pelbagai sumber ke dalam penerbitan multimedia. |
expressionism | ekspresionisme | Kesenian | Seni Bina | Pendekatan dalam seni yang berasal dari Jerman pada awal abad ke-20, yang berhubung dengan karya puisi dan lukisan. Secara umumnya, pendekatan ekspresionisme ini menekankan penyataan emosi yang mendalam, bukan sahaja melalui deria penglihatan tetapi juga melalui pengalaman batin. Hal ini menyebabkan kesempurnaan bentuk objek yang biasa dihasilkan berdasarkan pengamatan secara visual tidak lagi menjadi pertimbangan estetika. Antara tokoh terkenal yang menggunakan pendekatan ekspresionisme ialah Edward Munch dan Ernst Barlach. Dalam seni bina, reka bentuk bangunan yang menggunakan pendekatan ekspresionisme ialah Alpine Architecture (1917) yang dibangunkan oleh Bruno Taut dan bangunan Formspiels oleh Hermann Finsterlin. |
edit | sunting | Komunikasi | Tiada | Proses mengumpul, memilih, memotong atau memindahkan bahan-bahan audio atau video mengikut urutan dan susunan tertentu. Proses ini sangat mementingkan mutu visual, audio dan keperluan seni serta nilai estetik sesuatu penerbitan filem, video atau audio. |