kunstleroman | kunstleroman | Kesusasteraan | Tiada | Suatu bentuk naratif yang mengisahkan perkembangan seorang seniman atau watak yang menyerupai seniman dari peringkat kanak-kanak hingga peringkat baligh. Contoh Kunsleroman ditemui dalam karya James Joyce bertajuk A Portrait of the Artist as a Young Man (1916). Istilah kunstleroman wujud daripada gabungan istilah Jerman kunstler bermaksud �seniman; dan istilah Perancis roman bermaksud �novel�. Lihat juga bildungsroman. |
bard | barda | Kesusasteraan | Tiada | Seniman puisi yang dihormati dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Seniman ini memainkan peranan utama sebagai individu yang membacakan puisi tertentu dalam perayaan tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Umumnya, puisi yang dibacakan berkisar tentang kegemilangan pencapaian suatu kelompok masyarakat atau meraikan watak hero yang hidup dalam budaya pemikiran masyarakat tersebut. Contohnya di Wales, barda masih berperanan penting dalam perayaan tahunan Eisteddfod yang bermula sejak abad ke-12, Barda mungkin boleh disamakan dengan tokoh penglipur lara dalam tradisi Melayu. Penglipur lara merupakan seniman rakyat yang berada di pentas utama dalam sesuatu upacara perayaan zaman silam. Mereka merupakan tukang cerita dan pemuisi yang mempersembahkan cerita dalam upacara tertentu, sama ada kepada khalayak istana ataupun desa. Sama seperti persembahan barda, persembahan penglipur lara Melayu juga diiringi dengan alat muzik seperti rebab, seruling, dan belanga. Antara tokoh penglipur lara Melayu yang terkenal ialah Pawang Ana dan Mir Hasan di Perak dan Pak mahmud di Perlis. Lihat juga lipur lara. |
black arts movement | gerakan seni kulit hitam | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan seni warga Amerika berkulit hjitam yang menentang hebat konsep seni yang mengasingkan seniman daripada komunitinya. Gerakan ini berkait rapat dengan konsep Black Power. Oleh yang demikian, gerakan seni kulit hitam membayangkan sejenis seni yang ketara yang menyentuh hasrat dan hak warga Amerika berkulit hitam. Untuk memenuhi wawasan ini, ahli gerakan seni kulit hitam mencadangkan penyusunan semula gerakan secara radikal terhadap estetika dan budaya Barat. Gerakan ini juga mencadangkan suatu sistem simbolisme, mitologi, juga mencadangkan suatu sistem simbolisme, mitologi, kritikan dan ikonologi yang tersendiri. Dalam usaha mengembangkan Black Aesthetics, seniman berkulit hitam merujuk kepada tradisi budaya Afro-Amerika dan mana-mana budaya yang sesuai dari negara Dunia Ketiga. |
negritude | negritude | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan yang menyuarakan wawasan para cendiakawan dan seniman kulit hitam tentang nasib dan warisan sepunya bangsa Afrika. Negritude menolak nilai kolonial dan memberontak terhadap sistem kolonialisme. Pada masa yang sama, negritude cuba memperkasakan nilai tradisional Afrika dengan mengembalikan kegemilangan masa silamnya. Dalam bidang kesusasteraan, negritude mewakili suatu bentuk estetika yang cuba mengekalkan sifat-sifat tradisi kebudayaan Afrika. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Aim� C�saire, seorang penyajak dan dramatis dari artinique dan L�opold S�dar Senghor, seorang penyajak dan ahli politik dari Senegal. Negritude menjadi perintis kepada gerakan Black Power yang berpangkalan di Amerika pada tahun 1960-an. Lihat juga harlem renaissance. |
classic | klasik | Kesusasteraan | Tiada | Kategori karya sastera yang bermutu tinggi yang lahir daripada tamadun Yunani dan Romawi. Karya sastera diakui memiliki keunggulan dan kehebatan sepanjang zaman. Karya sastera klasik bukan sahaja menampilkan pemikiran yang besar tetapi juga memperlihatkan estetik seni yang tinggi bagi bangsa yang melahirkannya. Biasanya, pengarang yang menghasilkan karya klasik merupakan seniman yang mewakili genius zaman silam bagi bangsa berkenaan. Antara karya yang dianggap klasik dalam sejarah kesusasteraan Barat termasuklah karya Homer, Iliad dan Odyssey dan karya karangan Shakespeare bertajuk Hamlet dan Romeo and Juliet. Karya Jane Austen berjudul Pride and Prejudice merupakan contoh karya klasik dalam sejarah kesusasteraan Inggeris. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, karya yang dianggap klasik umumnya muncul atau lahir dalam era kesusasteraan istana di Pasai, Aceh dan Johor-Riau. Karya berkenaan merupakan nukilan pengarang istana yang dianggap sebagai golongan genius Melayu pada zaman silam. Antara karya yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, dan Tuhfat al-Nafis. Ketinggian nilai karya ini terletak pada ketinggian pemikiran yang mendasari penulisan karya tersebut. Aspek penting yang diketengahkan dalam karya termasuklah sejarah, adat-istiadat, kepercayaan, sosiopolitik, undang-undang, adab sopan dan sebagainya. Di samping itu, karya klasik memperlihatkan ketinggian seni kesusasteraan Melayu zaman silam yang kaya dengan kehalusan bahasa, ketajaman pemikiran, kekayaan pengalaman, dan keindahan pengucapan. Ketinggian mutu karya bagi suatu bangsa ada kalanya berlaku dalam suatu tempoh masa tertentu yang dianggap sebagai periode klasik bagi hasil kesusasteraan bangsa tersebut. Karya yang tergolong dalam periode itu merupakan karya zaman keemasan dalam sejarah bangsa tersebut. Zaman Abasiyah dianggap zaman keemasan dalam tradisi kesusasteraan Arab tradisional. Abad ke-16 hingga abad ke-19 boleh dianggap sebagai period klasik dalam sejarah kesusasteraan Melayu tradisional. |
art ballad | balada seni | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romanentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada romatis dan memntang penjajahan Sepanyol.ceritaannya dari semasa ke semasa. . attis dan memperlihatkan ciri penciptaan seni yang tinggi, sama ada dari segi kekuatan isi mahupun nilai kehalusan sastera. Umumnya, pengarang balada seni terdiri daripada seniman yang terkenal dan ternama serta memiliki bakat kepengarangan yang tinggi. Dari segi struktur karya, balada seni memperlihatkan suatu pembaharuan daripada balada rakyat yang wujud dalam tradisi lisan. Penghasilan balada seni dibuat melalui penelitian yang mendalam terhadap corak rima dan stanza yang baharu berbanding dengan balada rakyat. Unsur ketinggian seni dalam balada seni dapat dikesan dari segi pemilihan bahasa yang kaya dengan nilai estetik, di samping kekuatan dari segi isi, teknik dan sebagainya. Balada ini dikenali juga sebagai balada sastera. |
Harlem renaissance | harlem renaissance | Kesusasteraan | Tiada | Suatu pergerakan kesusasteraan dan budaya dalam kalangan rakyat Amerika berkulit hitam. Pergerakan ini mementingkan warisan Afrika dan berkembang pada awal abad ke-20. Harlem renaissance juga diberikan gelaran �New Negro� atau �Black Renaissane�. Pergerakan ini dipimpin oleh pengarang Afro-amerika seperti James Weldon Johnson dan Langston Hughes, dan melibatkan seniman dan ahli muzik. Pada dekad tersebut, era harlem renaissance dikenali sebagai era jazz. Salah seorang tokoh jazz yang penting ialah Duke Ellington yang mempersembahkan bakatnya di Cotton Club. Dalam bidang kesusasteraan, karya yang dihasilkan pada dekad tersebut ialah Color dan Copper Sun, Kolek sajak olah Counter Cullen dan karya, The Weary blues oleh Langston Hughes. Penulis penting yang lain ialah Claude Mckay dan Jean Toomer. Lihat juga negritude. |
bildungsroman | bildungstoman | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang memaparkan perkembangan protagonis dari zaman kanak-kanak atau remaja hingga ke tahap dewasa. Bildrungsroman memaparkan proses kematangan yang dicapai oleh wira muda selepas dia berjaya mengharungi liku-liku hidup. Bildungsroman dikaitkan dengan karya Goethe bertajuk Wilhelm Meisters Lehrjahre (1796) yang dianggap sebagai pengasas pola ini. Beberapa novel ulung pada abad ke-19 dan ke-20 mengguna pakai pola bildungsroman, contohnya novel David Copperfield oleh Charles Dickens. Apabila novel ini secara khusus melukiskan pembentukan seorang seniman, novel ini digelah kunstleroman. Contoh kunstleroman ialah A Portrait of the Artist as a Young Man oleh James Joyce. Mutakhir ini, pengkritik feminis mempertikaikan bentuk bildungsroman lelaki kerana pola perjalanan hidup seorang lelaki tidak sama dengan pola yang dilalui oleh seorang wanita. Para pengkritik feminis mengutamakan pengalaman wanita yang membina jati dirinya. Bildrungsroman berasal daripada bahasa Jerman bermaksud �novel pembentukan�. Lihat juga kunstleroman. |
farce | farsa | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis komedi yang dipersembahkan secara berlebih-lebihan oleh pendukung wataknya bertujuan untuk mencetuskan unsur lawak jenaka. Farsa dipersembahkan dengan memberikan penekanan kepada aksi fizikal yang lucu, watak yang dibesar-besarkan, plot yang rumit, peristiwa yang tidak munasabah, dan kerap kali bersifat sindiran seksual. Farsa bukan seperti komedi biasa yang hanya mencetuskan gelak ketawa, tetapi farsa turut membuat komentar dan sindiran tentang kehidupan sosial manusia. Farsa dipercayai berasal dari zaman Yunani dan berkembang pada zaman Rom, Perancis, dan Jerman pada kurun ke-13. Seterusnya farsa berkembang di England pada kurun ke-16, Farsa bermula pada awal kurun ke-20, tetapi digantikan dengan jenis filem seperti The Three Stooges dan Charlie Chaplin. Contoh farsa dalam karya tempatan ialah siri filem Bujang Lapok, iaitu Pendekar Bujang Lapok, Bujang Lapok, dan Seniman Bujang Lapok. Farsa berasal daripada perkataan Latin farcire bermaksud �mengisi�. |